Saturday, February 5, 2011

Tikus professional


Sudah berpuluh tahun saya tidak membela apa-apa binatang jinak dalam rumah. Seingat saya sewaktu di sekolah rendah sahaja kami sekeluarga ada membela kucing, yang namanya Belang, Tompok dan Hitam. Bila kerap berpindah , kucing2 tak dibawa bersama.Namun kucing tak bertuan sering datang menumpang di rumah. Salah satu sebab saya tak suka kucing adalah kerana sifat manjanya yg sering tidur atas katil, bila malam dia pun masuk dalam selimut. Siang hari jenuh pula nak buang bulu2 kucing.

Atas sebab alahan, terus kucing tak dibenarkan masuk rumah. Sekarang ni kalau ada ikan goreng berlebih, ikan tu saya letak di luar. Tak pernah saya ambil tahu kucing mana yang makan atau binatang apa yg makan ikan-ikan tu. Sejak kucing tak ada maka tikus (cik T) pula yg bemaharaja lela. Tikus tak pernah merajuk, di mana pun saya pindah tikus pasti ada membawa cerita2 lucu dan menggeramkan. Di Kuantan spesis tikus yg menghuni rumah ni adalah jenis tikus tanah yang bijak bistari.

Tikus2 ni bukan sahaja pandai memilih makanan malah mahu makanan yang berkualiti.Gambar di atas ini adalah kueh lompang yg telah dicakar dgn tangan2 tikus dirumah saya. Ikan lama/basi dia tak makan, dia mahu ikan yg baru di goreng, ayam goreng bersalut macam KFC,daging, nenas dan terbaru makan telur asin, kueh dan chili kering. Kira kuat pedas juga tikus ni, selain suka menjahamkan tupperware saya.

Perangkap tikus

Banyak jenis perangkap yang sudah saya cuba. Perangkap sangkar ada 3 buah.Saya pernah guna gam tetapi kesian melihat bulu2 tikus tercabut, terasa pula siksanya. Racun tikus memang tak ada yg berjaya dimakan. Itu yg saya katakan tikus2 di sini bijak bistari. Buatlah macam mana pun dia tahu ada racun. Setakat hari ini belum ada tikus yang makan racun yang saya tabur atau yang dicampur dalam makanan!

Minggu lepas saya pasang perangkap sebelum meninggalakn rumah untuk ke KL seminggu . Saya masukkan seketul daging yg sudah dimasak sup. Agak besar juga,saya sangkut pada penyakut dan saya sudah test, gerakk sikit sahaja pasti pintunya tertutup. Kali ini saya mensasarkan seekor tikus pasti masuk sangkar maut ini. Balik dari Kl...tu dia, seketul tulang sudah berada di luar perangkap,daging dah tak ada dan pintu perangkap ternganga. Memang cerdik, agaknya mereka berjemaah mengeluarkan daging. Agaknya ada tikus yg pegang pintu perangkap sementara tikus lain keluarkan daging. bijak, bijak.

Peliknya tikus2 di rumah ini, dia buat kerja pada waktu siang atau semasa tuan rumah belum tidur. Pernah sekali saya menggoreng ikan tongkol dua ketul. seketul bahagian kepala, dan seketul lagi bahagian ekor. Memang niatnya nak buat umpan tikus. saya goreng kira-kiar pukul 9 mlm dan toskan di atas redai. Tak lama lepas tu saya dengar ada bunyi seperti tikus berlari lalu saya ke dapur untuk mengintai. Sah, dua ketul ikan sudah pun lesap. Saya percaya ia kerja tikus bukan kerja kucing.Bunyi tikus dan bunyi kucing jauh bezanya. Biasanya kucing bila dapat ikan dia akan mengerang kuat takut kacing lain ambil. Memang tikus tu professional!.

No comments: