Entah bagaimana, tiba-tiba saja benakku teringat satu peristiwa. Kisah cinta di alam maya. Cinta yang nampak macam sandiwara tapi berlaku di alama buana, di atas bumi yg nyata tetapi sampai kepadaku melalui alam siber. Isy berbelit-belit cerita...
Yang nyata kini cinta si gadis telah terlaksana. Dia minta supaya cintanya diterima oleh sang jejaka pujaannya. "Aku tak mahu duitmu. aku tak mahu gelaran dan kereta mewah mu,aku hanya mahukan kau kerana cinta ku milik mu sahaja. Rohku milik Allah tetapi tubuh ku milik mu. Aku rela sebagai isteri. Ambillah aku sebagai isteri dalam Islam. Jangan biarkan aku mati murtad kerana tak sanggup hidup merana.Jika kau tolak cinta ku, aku akan mati dalam pelukanmu. Aku akan makan ubat tidur, aku lebih rela mati dari merana." Begitulah kira-kira rayuan si gadis yang berbaur rangkap-rangkap ugutan.
Begitu lah nekad seorang gadis yg ingin menjadi isteri hanya kepada seorang lelaki pujaannya. Hebatnya cinta. Agama turut jadi barang taruhan.Islam turut jadi bahan ancaman. Tak kiralah asal dapat cinta. Lagipun dia bukan nak berzina, dia nak kawin ikut Islam. Islam benarkan poligami, isteri pertama tak ada hak nak halang. Dia bukan mawar kampung yang segan silu nak ungkap cinta,akhirnya terima seadanya .Dia bangga sebagai anggerik kota yang dapat apa yang dia damba.Kalau boleh nak difilemkannya kisah cintanya yang agung merentas benua.
Memang begitulah ragam manusia. Macam-macam cara untuk mencapai cita walaupun terpaksa pijak kepala orang. Hati dan perasan orang sudah tak penting lagi, yang penting ialah hajat hati. Biar orang berkorban jangan kita terkorban.Semakin banyak drama dipapar dikaca TV, semakin banyak novel dicetak, semakin banyak kisah masyarakat dipapar dan dipasarkan melalui majalah ,semakin nafsu nafsi menjadi 'raja' di hati.
Walau bagaimanapun kisah cinta gadis diatas adalah lebih baik dari gadis atau lelaki yang guna sihir untuk mendapat cinta atau berkahwin dengan sang pujaan hati. Cuma cara mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti cinta itulah yang tak betul.Mereka sedar nyawa/roh itu milik Allah, kenapa begitu mudah melempar roh kepada tuanNya hanya kerana kecewa cinta? seaolahnya tak ada keredhoaan atas takdir bahawa jodoh itu bukan miliknya, lalu dipaksa tuhan menjodohkan dia, jika tidak dia rela mati kafir. Waduh, manusia dah tak segan menjual agama kerana cinta.
Nak tahu cerita selanjutnya klik sini..
Wednesday, December 21, 2011
Sunday, October 23, 2011
Lagi lagi sihir
Malam siaran ulangan 'Tanyalah Ustaz' dikendalikan oleh ustaz Rashid Ahmad , salah seorang pengamal perubatan Islam , di Darul syifa , Bangi.Topik kali ini adalah topik yg biasa dibincangkan di slot tanya lah ustaz tetapi masih lagi mendapat perhatian masyarakat dan mendapat tempat untuk siaran TV. Topik yg evergreen.
Sebagai muqaddimah ustaz Rashid membacakan hadis berikut:-

Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jauhilah 7 perkara yang membinasakan” , Sahabat bertanya :”Ya Rasulullah apakah 7 pembinasa tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. melainkan dengan kebenaran syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran (diwaktu berkecamuk peperangan) dan menuduh berzina terhadap perempuan-perempuan mukminah yang baik yang selalu menjaga diri dari perbuatan yang keji.” – Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim
Dari Hadis tersebut dan banyak lagi hadis2 yg seiras matannya (maknanya),jelas kepada kita bahawa sihir adalah dosa besar sebaris dengan dosa syirik. Suatu yg menarik yg diperkatakan oleh Ustaz ialah tentang sihir yg dikenakan oleh si isteri kepada yang suami bagi maksud memonopoli kasih sayang suami. Kata ustaz oleh kerana sihir ini termasuk dosa besar, maka pengamalnya rosak aqidah, lantas ia mungkin akan menyebabkan status perkahwinan terbatal.
Ustaz kata dia dan beberapa orang lain ada membuat muzakarah dengan mufti Selangor untuk memungkinkan suatu fatwa dikeluarkan kepada pengamal sihir. Di Zaman khalifah Umar al-khatab, pengamal sihir (bomoh yg guna sesuatu bahan untuk mensihir) di hukum bunuh. Zaman kita ni pengamal sihir berleluasa , mungkin juga kerana mereka gunakan kuasa sihir untuk mengalang pihak berkuasa bertindak terhadap mereka.
Melalui carian 'google' pula saya dapati ada cara untuk mengesan kehadiran/kewujudan jin dalam badan kita, adalah disarankan agar diamalkan ayat dari Surah al-Isra’ : ayat 70 :
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” – surah al-Isra’ : ayat 70
Kaedah mengamalkannya ialah dengan membaca ayat di atas sebanyak 100 kali. Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:
■Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali (belum cukup 100).
■Rasa kepanasan.
■Rasa berdebar-debar.
■Rasa sakit badan.
■Berpeluh.
■Berbagai rasa lain.
sumber di sini.
Bagi saya sendiri, saya amalkan ayat2 tertentu sebagai amalan harian (pendinding diri) iaitu surah2 yg dikumpulkan dari buku manzil. Boleh didapati di kedai2 buku dengan harga RM1.50 sahaja.
Akhir kata ustaz rashid berpesan supaya berubat dengan cara yang dibenarkan, kesempuhan tetap milik Allah s.w.t. Tak boleh ubat sihir dengan sihir. Berubatlah dengan perawat yg guna ayat2 al-qur'an. Bagi yg terkena sihir hendaklah bersabar. Peliharakan diri kita semua dari menggunakan sihir kerana sifat dengki, marah atau sakit hati kita kepada saudara seagama. Dosanya amat besar dan neraka menunggu kita jika taubat kita tak diterima. Allahuaklam.. sekian dicatatkan. Nak tahu cerita selanjutnya klik sini..
Thursday, October 20, 2011
Bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan
Berjalan kaki sambil melihat alam dapat menenangkan jiwa dan mengukuh imanBAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit.
Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundahdi hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.Tidak pernah iri hatiBagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Sumber: Harian Metro

Saturday, July 9, 2011
Coretan malam
Huh lamanya tak mencoret apa2 di blog ini, sejak kisah menikah di masjid hingga sekarang sunyi dan sepi blog ni, mujur tak ramai follower.Sepatutnya malam ini saya bercuti dari melayari internet kerana kepala sakit. Ada yg saran ambil panadol tetapi saya tak mahu amal panadol melainkan jika nak berjalan jauh. Kalau duk rumah selagi boleh tahan sahajalah sakit tu sambil berzikir , ya syafi ya salam. Alhamdulillah kurang sakitnya.Apahal pulak letak gambar kambing sedang dilapah tu? Itulah gambar kenangan bulan zulhijjah tahun lepas yg tak sempat dimuatkan dalam blog. Gambar kambing Parent yg menjadi korban pada hari tasyrik. Mudah2an Allah s.w.t terima korban ku itu, insyaAllah tahun ini akan dapat menyembelih korban yg lebih besar. Suatu masa dulu saya suka menyertai program sembelihan di Kemboja yang dikendalikan oleh syarikat tempatan. Sekarang tak lagi, lebih afdal kita lihat sendiri kambing itu disembelih depan mata dan diagihkan kepada penduduk tempatan yg tak kurang miskinnya.
Dinihari begini banyak perkara yg lalu di fikiran. Bagaimana nanti akhir hidup kita, bagaimana agaknya esok dan lusa? Selalu kita ditimpa sakit yg tak semena2 terjadi. Kadang2 tiba-tiba sakit gigi, sakit perut, sakit mata , sakit kepala dan macam2 sakit yg kita tak terfikir. Terfikir tentang kambing, apakah kambing juga sakit macam manusia?
Buat apa fikir hal kambing, baik tidur...he he.Mudah2an Allah menjadikan setiap sakit yg kita tanggung sebagai kafarah bagi dosa2 kita yang seengaja dan tidak sengaja, amin. Nak tahu cerita selanjutnya klik sini..
Sunday, March 20, 2011
Nikah di masjid bukan sunnah?
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama
[sumber]
JAWAPAN MENTERI AGAMA : Sah akad nikad di mana saja
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama. "Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid. "Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah. Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
'Islam haruskan akad di masjid'
Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam mengharuskan akad nikah dilakukan di masjid. Beliau berkata tiada halangan mana-mana pasangan Islam untuk melangsungkan perkahwinan di masjid, malah lebih digalakkan lagi kerana ia boleh memberi manfaat dalam bidang pengurusan. "Dari satu segi yang mudah, akad nikah di masjid dapat menghimpunkan banyak pasangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam satu masa berbanding di rumah masing-masing dan bacaan khutbah dapat disampaikan imam atau jurunikah serentak.
"Lagipun rumah ibadah Islam itu boleh diadakan pelbagai kegiatan agama dan kemasyarakatan sejak di zaman Rasulullah lagi," katanyadi Kota Bharu, Kelantan hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam melihat perkara itu dari sudut positif bagi mengelakkan ia mengelirukan mereka sendiri. - Bernama.
[sumber][Ulasan saya]
assalamu'alaikum,
Saya melihat perkara ini dari sudut positifnya bukan melihat siapa yg mengataknnya.Sy setuju ianya harus kerana ada maslahat umum spt memudahkan imam. Namun dr sudut realiti, sy melihat banyak pasangan pengantin tidak tutup aurat terutama pengantin wanita.Kebanyakkan memakai pakaian ketat, jarang , bersolek berlebihan (tabarruj) dan berwangi2an.
Begitu juga pasangan pengantin tidak menghormati masjid, mereka tidak kpd masjid namanya.Tiga org anak saudara sy bernikah di masjid. Dua darinya upacara nikah dilakukan di dlm bilik mesyuarat ttp yg bungsu dilakukan diruang utama masjid krn ada dua pasangan bernikah pada masa yg sama.
Salah seorang anak saudara yg sedang haid terlupa lalu masuk juga ke ruang masjid. Bila diingatkan barulah beliau keluar, katanya lupa. Saya lihat ramai tetamu dari kedua pihak yg tak tutup aurat, jika mrk haid sekalipun kita tak pasti.
Aktiviti jurukamera dan tetamu2 mungkin juga menyebabkan mrk yg sedang beriktikaf terganggu. Bagi saya kalau nak bernikah dalam masjid jagalah adap dan lebih baik buat dalam dewan mesyuarat dan hadkan bilangan yg masuk dalam dewan. Yg penting ialah wali dari pihak wanita/saksi wajib hadir.
Saya harap perkara ini dinilai dari sudut ilmu bukan dilihat dari sudut siapa yg mengatakannya lalu dituduh wahabbi (anak pak wahab) dsb.Yg benar tetap benar, berkata benarlah walaupun pahit.
Allahuaklam. Nak tahu cerita selanjutnya klik sini..

Subscribe to:
Posts (Atom)