Tuesday, June 4, 2013

Setahun tak lama..hanya sebentar sahaja


Bila melihat tarikh akhir posting saya (29.mei 2012), wah rupanya dah setahun saya tidak menulis di bolog ini. Seribu tahun tak lama hanya sebentar sahaja.. begitu lirik lagu. Ya memang benar, bila kita menunggu, penantian itu terasa sangat panjang dan membosankan. Terapi bila masanya sudah tiba maka penantian itu teras hanya sebentar sahaja, ibat semalam atau sepagi sahaja. Itu lah yg di Firmankan oleh Allah dalam surah an-Naziyat ayat 46 (ayat akhir) mafhumnya .." Seolah-olah bahwasanya  pada masa mereka melihatnya (hari kiamat), seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadat semalam atau sepagi sahaja ". Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengisi hidup kita seawal pagi dengan kerja2 yg berfaedah dan dapat menjana pahala. Paling mudah ialah dengan memuji nama Allah, berselawat, membaca dan mendengar bacaan al-Qur'an.Lebih baik lagi jika kita berpuasa pada hari2 yg disunatkan. Sabda Rasulullah s.a.w yg di riwayatkan oleh Sakhr al Ghamidi  bermaksud "Wahai tuhan ku, selamatkanlah umatku yg berpagi-pagi"
DEMAM PRU13:
Pada 5 Mei 2013, PRU13 sudah terlaksana. rakyat yg prihatin sudah mengundi . Segala usaha semua yg terlibat, sudah terbayar dengan keputusan yang dikeluarkan oleh SPR. Seperti kata pepatah melayu...'  Rumah dah siap pahat masih berbunyi". Berbagai ketidakpuasan hati disuarakan dgn lantang oleh pihak pembangkang terhadap kepincangan SPR yg sudah 13 kali berlaku. SPR menyoal kenapa sekarang ini pula SPR dipersalahkan secukup-cukupnya sedangkan mereka telah berjaya  melaksanakan tanggungjawab sebagai badan bebas  mengendalikan proses piliharaya umum (PRU) sebanyak 12 kali sebelumnya. Kini pihak pembangkang dan pihak lawan akan mengemukan petisyen masing-masing. Kita akan lihat buat pertama kalinya SPR diheret ke Mahkamah. Moga usaha ini akan menjadi perintis ke arah satu sistem PRU yg lebih diyakini, insyaAllah

No comments: