Sunday, October 23, 2011

Lagi lagi sihir


Malam siaran ulangan 'Tanyalah Ustaz' dikendalikan oleh ustaz Rashid Ahmad , salah seorang pengamal perubatan Islam , di Darul syifa , Bangi.Topik kali ini adalah topik yg biasa dibincangkan di slot tanya lah ustaz tetapi masih lagi mendapat perhatian masyarakat dan mendapat tempat untuk siaran TV. Topik yg evergreen.

Sebagai muqaddimah ustaz Rashid membacakan hadis berikut:-



Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jauhilah 7 perkara yang membinasakan” , Sahabat bertanya :”Ya Rasulullah apakah 7 pembinasa tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. melainkan dengan kebenaran syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran (diwaktu berkecamuk peperangan) dan menuduh berzina terhadap perempuan-perempuan mukminah yang baik yang selalu menjaga diri dari perbuatan yang keji.” – Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim

Dari Hadis tersebut dan banyak lagi hadis2 yg seiras matannya (maknanya),jelas kepada kita bahawa sihir adalah dosa besar sebaris dengan dosa syirik. Suatu yg menarik yg diperkatakan oleh Ustaz ialah tentang sihir yg dikenakan oleh si isteri kepada yang suami bagi maksud memonopoli kasih sayang suami. Kata ustaz oleh kerana sihir ini termasuk dosa besar, maka pengamalnya rosak aqidah, lantas ia mungkin akan menyebabkan status perkahwinan terbatal.

Ustaz kata dia dan beberapa orang lain ada membuat muzakarah dengan mufti Selangor untuk memungkinkan suatu fatwa dikeluarkan kepada pengamal sihir. Di Zaman khalifah Umar al-khatab, pengamal sihir (bomoh yg guna sesuatu bahan untuk mensihir) di hukum bunuh. Zaman kita ni pengamal sihir berleluasa , mungkin juga kerana mereka gunakan kuasa sihir untuk mengalang pihak berkuasa bertindak terhadap mereka.

Melalui carian 'google' pula saya dapati ada cara untuk mengesan kehadiran/kewujudan jin dalam badan kita, adalah disarankan agar diamalkan ayat dari Surah al-Isra’ : ayat 70 :

Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” – surah al-Isra’ : ayat 70

Kaedah mengamalkannya ialah dengan membaca ayat di atas sebanyak 100 kali. Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:
■Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali (belum cukup 100).
■Rasa kepanasan.
■Rasa berdebar-debar.
■Rasa sakit badan.
■Berpeluh.
■Berbagai rasa lain.
sumber di sini.

Bagi saya sendiri, saya amalkan ayat2 tertentu sebagai amalan harian (pendinding diri) iaitu surah2 yg dikumpulkan dari buku manzil. Boleh didapati di kedai2 buku dengan harga RM1.50 sahaja.

Akhir kata ustaz rashid berpesan supaya berubat dengan cara yang dibenarkan, kesempuhan tetap milik Allah s.w.t. Tak boleh ubat sihir dengan sihir. Berubatlah dengan perawat yg guna ayat2 al-qur'an. Bagi yg terkena sihir hendaklah bersabar. Peliharakan diri kita semua dari menggunakan sihir kerana sifat dengki, marah atau sakit hati kita kepada saudara seagama. Dosanya amat besar dan neraka menunggu kita jika taubat kita tak diterima. Allahuaklam.. sekian dicatatkan.

No comments: