Wednesday, December 21, 2011

Sandiwara cinta

Entah bagaimana, tiba-tiba saja benakku teringat satu peristiwa. Kisah cinta di alam maya. Cinta yang nampak macam sandiwara tapi berlaku di alama buana, di atas bumi yg nyata tetapi sampai kepadaku melalui alam siber. Isy berbelit-belit cerita...

Yang nyata kini cinta si gadis telah terlaksana. Dia minta supaya cintanya diterima oleh sang jejaka pujaannya. "Aku tak mahu duitmu. aku tak mahu gelaran dan kereta mewah mu,aku hanya mahukan kau kerana cinta ku milik mu sahaja. Rohku milik Allah tetapi tubuh ku milik mu. Aku rela sebagai isteri. Ambillah aku sebagai isteri dalam Islam. Jangan biarkan aku mati murtad kerana tak sanggup hidup merana.Jika kau tolak cinta ku, aku akan mati dalam pelukanmu. Aku akan makan ubat tidur, aku lebih rela mati dari merana." Begitulah kira-kira rayuan si gadis yang berbaur rangkap-rangkap ugutan.

Begitu lah nekad seorang gadis yg ingin menjadi isteri hanya kepada seorang lelaki pujaannya. Hebatnya cinta. Agama turut jadi barang taruhan.Islam turut jadi bahan ancaman. Tak kiralah asal dapat cinta. Lagipun dia bukan nak berzina, dia nak kawin ikut Islam. Islam benarkan poligami, isteri pertama tak ada hak nak halang. Dia bukan mawar kampung yang segan silu nak ungkap cinta,akhirnya terima seadanya .Dia bangga sebagai anggerik kota yang dapat apa yang dia damba.Kalau boleh nak difilemkannya kisah cintanya yang agung merentas benua.

Memang begitulah ragam manusia. Macam-macam cara untuk mencapai cita walaupun terpaksa pijak kepala orang. Hati dan perasan orang sudah tak penting lagi, yang penting ialah hajat hati. Biar orang berkorban jangan kita terkorban.Semakin banyak drama dipapar dikaca TV, semakin banyak novel dicetak, semakin banyak kisah masyarakat dipapar dan dipasarkan melalui majalah ,semakin nafsu nafsi menjadi 'raja' di hati.

Walau bagaimanapun kisah cinta gadis diatas adalah lebih baik dari gadis atau lelaki yang guna sihir untuk mendapat cinta atau berkahwin dengan sang pujaan hati. Cuma cara mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti cinta itulah yang tak betul.Mereka sedar nyawa/roh itu milik Allah, kenapa begitu mudah melempar roh kepada tuanNya hanya kerana kecewa cinta? seaolahnya tak ada keredhoaan atas takdir bahawa jodoh itu bukan miliknya, lalu dipaksa tuhan menjodohkan dia, jika tidak dia rela mati kafir. Waduh, manusia dah tak segan menjual agama kerana cinta.

No comments: