Friday, January 28, 2011

Wajarkah anak yatim disuruh mengemis?

Sumber foto

Banyak perkara sunat diberi ganjaran pahala yg besar. Jumaat adalah penghulu hari. Maka pahala bagi perkara kebajikan yg dibuat pada hari jumaat pahalanya lebih dari hari biasa kecuali hari tertentu yang lain seperti hari raya, hari arafah dan sebaginya. Maka saya juga suka jika dapat bersedekah pada hari Jumaat. Mungkin kerana itu juga , perayu derma biasanya akan berkeliaran pada hari jumaat. Tong-tong derma tak kurang bergerak dari satu jemaah ke satu jemaah pada waktu solat Jumaat. Peradaran tong2 derma sebenarnya adalah suatu perkara yg menyalahi adap solat Jumaat jika ia beredar semata khutbah sedang di baca.

Berbalik kesah pungutan derma ini kita tentunya sering ,melihat anak2 yatim dari rumah2 anak-anak yatim berlegar dengan pakaian asrama mereka di sekitar bandar biasanya pada waktu petang. Sekarang ini kumpulan anak-anak yatim ini sudah pun berlegar di kawasan perumahan. Petang ini kira-kira jam 5.30 petang , dua orang anak yatim perempuan dari Seremban memberi salam di luar pagar rumah saya.

Usia mereka sekitar 10-12 tahun.Kelihatannya letih walaupun hanya membawa beberapa CD untuk jualan amal. Saya tidak banyak bertanya, sebaliknya mereka yang memperkenalkan diri. CD yg di jual ini adalah CD doa, bacaan al-qur'an yang harganya Rm10 sekeping. Setakat RM10, apalah sangat. Saya ambil satu. Selepas mereka beredar, baru saya cuba pasang. Reject, sekali , dua ,tiga. CD ciplak rupanya.Tak apalah, mungkin kerana niatnya saya nak menderma, maka CD yg saya dapat tu kosong. Kalau nak dengar CD yang berbunyi, belilah yang dijual di mana2 atas niat nak beli CD, bukan niat derma sambil beli CD.Begitu agaknya.

Dirumah saya petang tu kebetulan ada tamu. Kami bincangkan tentang kewajaran anak-anak yatim ditugaskan memungut derma. Wajarkah? Bagi saya tak wajar, bukankah mereka wajib dibela? Menurut kawan saya, dia pernah dengar wawancara dengan penjaga rumah anak2 yatim yg mengatakan anak-anak yatim itu memang dilatih untuk berniaga. Apakah jualan amal dari rumah ke rumah itu bentuk latihan berniaga? Kasihan budak2 tu, sudahlah tiada ibu dan bapa, terpaksa pulak berusaha sendiri untuk hidup.Apakah rumah2 kebajikan dan rumah anak yatim ini tiada tajaan dari mana-mana pihak? Kemana duit zakat,ke mana duit derma yg dikecualikan dari cukai?Atau mungkinkah ummat Islam kini sudah hilang keperihatinan, kurang rasa tanggungjawap?Fikirkanlah.

1 comment:

Bawang Goreng said...

Salam...

Saya pun selalu disapa budak-budak belasan tahun di PKNS Shah Alam dan tempat-tempat lain. Tapi yang di PKNS tu, siap merayu-rayu, "Tak nak belipun tak pe makcik. Kalau makcik dapat hulur RM2 pun jadilah," sambil menghalang saya untuk melangkah jauh dari dia. Mujur dia tak tarik baju, kalau tidak mau saya report, nampak macam ada komplot gunakan dema untuk mengemis.

Saya hulur juga RM2 yg diminta, harap2 tidak disalah-guna.