Thursday, January 27, 2011

Kos membela kereta



Pelik bila dengar ada orang hobinya tukar-tukar kereta. Kalau tiga tahun sekali tukar tak apa, tapi kalau tiga bulan sekali, itu hobi giler pada pandangan saya. Tapi mungkin juga ada baiknya. Kalau duit banyak, ada masa untuk bertungkus lumus cari duit untuk memenuhi selera hobi, maka apa pun hobi yang 'giler-giler' wajar diteruskan. Sekalipun ada jiran atau saudara mara terkial-kial nak hidup. Kita tak pelduli sebab kita yg kerja, patutlah kita belanja untuk merasa puas atas kepenatan kita tu.

Mungkin juga hobi tukar kereta ini ada muslihat. Yer lah bukankah 1000km pertama , service percuma.Kalau tak banyak berjalan, 3 bulan tak sampai 1000km. Jadi kalau tukar setiap 3 bulan tak perlu service. Saya pula baru 14 bulan dah 22,000km . Maknanya purata 1500km sebulan.Bulan pertama dah kena service. Baru-baru ni saya service pada KM21,300, mereka gunakan standard service untuk 25,000km. Tukar minyak hitam, tukar spark plug, entah apa2 lagi yg ditukar termasuk buat balancing semua sekali RM399.00.

Setakat ni dah 4 kali service sejak beli pada 5 Okt 2009.
19/10/2009 (953km) RM174.00
23/3/10 (5316km) RM309.00
20/8/2010 (14335km)RM224.00
27/1/2011 (21274lm)RM399.00
jumlah RM1046.00

Kos purata bulanan untuk membela kereta saya(tak termasuk petrol) ialah RM75.00 sahaja.Ini service di Hyundai service centre.Kalau tempat lain tak tahu la, mungkin murah tetapi tak ada jaminan. Busuk-busuk, RM200 mesti disimpan sebulan untuk service, road tax (RM100), insurance (RM800), lesen (RM60) dan kecemasan. Tahun 2011 semua perbelanjaan perlu dicatu supaya bila tiba masa untuk membayar kos membela kereta, tak lah kita buntu.

No comments: