Tuesday, June 1, 2010

Israel memang betul-betul gila


Siapa yang tak marah pada Israel dan tak sokong Palestin tentu orang itu akan di'cap' katak bawah tempurung' yang tak tahu menahu perkembangan dunia. Atau memang orang itu ada 'perasa' setan dalam dirinya yang tak tahu apa erti peri kemanusiaan.Atau mungkin memang dia tak ambil peduli apa pun terjadi diluar daerahnya, janji makan pakai aku cukup, lain hal aku tak peduli.

Berita kapal Mavi Marmara yang digunakan oleh sukarelawan dari seluruh dunia untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestine diserang oleh tentera Israel tersebar melalui Radio IKIM pada 30 Mei 2010. Kemudian tersebar melalui media internet secepat kilat. Rakyat Britain pantas mengadakan demonstrasi,anak Malaysia di rantauan yang prihatin segera mengemaskini blognya untuk tatapan kita. Kita di Malaysia masih sudah mula solat hajat.Sudah ada yang berdemo, tetapi muka-muka aktivis itulah juga yang muncul, tak ada menteri atau ADUN BN yang tampil.

Berita SMS tersebar luas. Rakyat yg prihatin diminta sama2 berdoa untuk keselamatan relawan yang menyertai pasukan sukrelawan sedunia. Saya pula hanya malam ini sempat melawat internet setelah PC tak begitu sehat beberapa hari ini. Tuannya pun tak sehat. Semasa sakit kerana ter'silap' makan, kita selalunya bersungut atau merintih kepada Allah s.w.t. "Kenapa Engkau beri aku sakit begini ya Allah, aku bukannya makan makanan haram.Ya Allah sembuhkanlah aku, janganlah Engkau siksa aku dengan sakit ini".Begitu jeritan batinku.

Malam ini apabila berkesempatan melayari internet dan melihat paparan youtube, lihat kekejaman tentera Amerika di bumi Iraq, mendengar kisah bagaimana para wanita disiksa, diseret dalam keadaan mengandung 6 bulan sehingga gugur barulah terasa malu kepada Allah kerana tidak redo dengan sakit yang sangat sedikit berbanding penderitaan mangsa perang. Kita tersiksa sikit dah nak 'marah'kan Allah, dah nak merajuk dengan Allah. Sedangkan orang Palestin, rakyat iraq dan rakyat negara yang berperang ada hidup tanpa rumah, tak sempat berkebun dan sempat update blog pun!

Segeralah kita insaf, kita ini diberi nikmat yang tidak terhingga. Ada peluang hidup selesa, peluang berniaga , diberi akal yang sehat dan mampu mengumpul harta. Apakah pernah kita membantu menghulur derma untuk saudara kita yang ditindas oleh si bangsat bedebah yang menjadikan kematian saudara kita sebagai bahan hiburan mereka. Apakah kita masih memboikot produk yang syarikatnya menyokong Israel. Atau kita hanya boikot secara 'hangat-hangit tahi ayam.'.

Jomlah kita teruskan misi boikot Israel,itu lah kuasa dan senjata yang kita mampu buat. Jangan biarkan produk israel berada dalam rumah kita. Mereka sekat bantuan kepada rakyat Palestin, sedang kita pula tanpa was2 beli barangan mereka, kayakan mereka dan mereka terus menindas saudara kita dengan kekayaan yg mereka ada. Apakah kita perlu tunggu Israel mengetuk pintu rumah dan menghunus senjata barulah kita yakin mereka kejam. Fikir2kanlah ,semua ini akan disoal di akhirat. Apa tindakan kita untuk amal ma'ruf nahi mungkar?

1 comment:

aby said...

salam ummu ..

memang patut kaum yahudi ditentang ..
tp .. apekan daye .. umat islam sendiri lemah .. ape yg kite boleh buat adalah memberi sokongan moral di samping doa kite utk kerahmatan allah kpd penduduk palestin dan hendaknye dilindungi dari bahaye2 kpd sukarelawan2 yg berlepas kesana ..

kejap lg world cup bola mula ..
di kate acare yg paling meriah d muka bumi ..
org akan bercakap psl bola sane sini..
palestin !!!!!
arghhh....