Saturday, May 1, 2010

Ragbi wanita-sikit punya 'giler'


Malam tadi paparan Majalah3 di TV3 saya tontoni,entah mengapa pula saya menonton malajah3 yg jarang benar saya tonton. Mungkin rezki untuk menulis sesuatu hasil pendedahan TV3 malam tadi.Rupanya perkembangan sukan negara ini sudah pergi jauh dan penglibatan wanita dalam sukan juga nampaknya semakin maju dan menuju taraf 'dunia". Tak sangka ,sehingga sukan selasak ragbi pun sudah diterokai oleh kaum wanita, astaghfirllahal azim.

Saya terus menonton slot yang memaparkan kegiatan sukan ragbi wanita negara yang baru diperkenalkan itu. Wah, kaum wanita kita yang rata2 beragama Islam sudah segagah dan bertubuh sasa seperti lelaki. Malah yg lebih mengejutkan ialah kebanyakkan mereka adalah surirumah,ibu dan isteri. Ada yang masuk atas sokongan suami. Paling mengharukan kerana pasukan Ragbi wanita ini belum mendapat tajaan dan mereka bermain atas biaya sendiri, ketekunan sendiri dan atas semangat kental ingin membuktikan 'wanita Malaysia boleh'!


Saya tak nafikan semangat wanita2 ini memang begitu tinggi. Bayangkan untuk menyertai pelawanan dengan pasukan Singapore mereka terpaksa memandu sendiri dari KL ke JB seterusnya ke Singapore.Dalam keadaan penat dan tidak selesa mereka masih dapat menyamakan kedudukan mata walaupun akhirnya tewas kepada pasukan tuan rumah. Bagi saya yang sejak dulu menganggap sukan ragbi ini sejenis sukan yg paling 'bodo' kerana berebut satu bola keras lonjong sambil berasak-asak2 menggunakan seluruh kekuatan badan untuk membawa bola ke pintu gol.

Begitulah bila manusia sudah dilanda kebosanan,mereka sentiasa memikir apa yg hendak dibuat supaya hidup mereka ada 'gol' untuk dikejar. Walaupun cedera dan badan menjadi letih lesu mereka menganggap itu adalah cabaran hebat untuk menjadikan diri mereka mempunyai satu matlamat hidup yang bermakna. Makna hidup yang mereka sendiri cipta untuk dicapai.Kepuasan dapat membuat sesautu yang selama ini hanya dikuasai oleh kaum lelaki adalah merupakan nikmat yang hanya mereka sahaja yg faham.

Saya tak berhajat untuk mengulas dari segi pakaian dan aktiviti latihan kerana rasanya semua yang beragama Islam sudah boleh faham akan hukumnya. Hukum mendedah aurat, hukum berlatih dan dilatih oleh lelaki bukan mahram dan bukan Islam. Malah kalau sukan ini dibuat dalam stadium tertutup yg hanya ditonton oleh kaum wanita sekalipun, sukan ini saya anggap satu sukan yg 'mencampakkan diri dalam kebinasaan". Mana tidaknya, ia bukan sahaja menyakitkan tubuh malah boleh mencederakan.Kalau ia pun nak tunjuk kuat, lebih baik kekuatan itu disalurkan kepada kekuatan bangun malam untuk solat tahajjud, kuat semangat menjalankan perintah Allah iaitu untuk menutup aurat dan mungkin boleh dimanfaatkan untuk belajar ilmu2 bekalan dunia dan akhirat.

Apalah yang dikejar pada satu 'gol' yg hanya diiktiraf oleh segelintir manusia sahaja. Apalah yg hendak dikejar untuk mengharumkan nama Negara tetapi membusukkan nama agama. Lihatlah sendiri video aksi berasak2, menyondol-nyondol macam badak nak mengamuk dan merempuh lawan sekuat tenaga.Hanya untuk kemegahan dunia.Hanya untuk kepuasan diri. Hukum hakam tak diambil peduli malah selesa pula menggamit orang lain untuk turut serta.Bangga mengetepikan agama.Selesa mengabdikan diri untuk dunia. Wanita oh wanita, fikir2lah tentang mati dan persoalan selepasnya. Ragbi tak dapat memberi syafaat walau sebesar zarah.Malah mungkin menyebabkan alam barzah semakin parah.Penglibatan wanita dalam sukan ragbi ini hanyalah ibarat "tiada beban batu digalas".

7 comments:

Zaim Aziz said...

Bagi saya, soal sukan ragbi ni xjd maslah besar. Yang mana jika di upgrade dari segi penjagaan syariat, ia tidak mendatangkan masalah.

Sama seperti isu futsal, jika pada awal pengenalan futsal dan wanita mula berjinak2, perkara sama juga berlaku.

"xsesuai la"
"Kasar la"

tp setelah lama masa berlalu, ada penambahbaikn dari segi penjagaan syariat, terutama utk muslimah, ia jadi satu sukan yg popular.

Ragbi lagi bagus dari bersuka ria di bar-bar atau clubbing..

Cuma hak rumah tangga dan batas agama kena jaga sahaja.

Ia aktiviti sihat.

Ummu Waheedah said...

Sdr zaim,
Kita bebas berbeza pendapat. Bagi saya sukan bagi kaum wanita atau apa juga aktiviti mereka jika dipertontonkan kepada khalayak awam (lelaki ajnabi) ia tetap haram.

Sejauh mana aurat itu mampu di tutup jika pergerakkannya lasak dan akan menyelak aurat juga.Contohnya jika seorang wanita memakai purdah dan jilbab, berenang di khalayak ramai.Tentu ada yg kata itu kerja "giler"

Saya tahu ada yg memaki hamun saya kerana rencana ini ada menyebut ragbi sebagai sukan paling 'bodo'. Itulah persepsi saya bagi satu perkara sia-sia yg dilakukan tanpa mendapat jaminan akan diberi ganjaran pahala. Apa yg kita kejar kalau bukan pahala?

Bukan setakat ragbi malah sebarang sukan sekalipun. Islam tidak menyekat umatnya beriadah ttp riadah bukan mengejar piala, bukan mencipta satu kegemilangan yg perlu di kejar sehingga banyak masa, wang dan tenaga habis disitu.

May 4, 2010 7:47 AM

aby said...

salam ummu ..
salam ziarah dari aby ( abee ) ..

psl ragbi wanita ni ..
sebagai lelaki .. pastila seronok tengok wanita main game mcm ni ..

tp sebagai laki muslim .. memang tk manis wanita islam terjebak dalam game2 mcm ni ... sebaiknye utk wanita islam .. jauhkan la dari game ragbi ni ..lain la klu bermain dgn menutup aurat ...

Ummu Waheedah said...

wsm abee,
(emm ingat aby abadi yg komen blg saya),

sebenarnya semua sukan 'giler'. sebab matlamatnya 'kosong' hanya dunia yg dihias2kan. orang yg jaguh ragbi, kalau ajak berperang lawan israel belum tentu mahu walaupun mrk kuat.

agenda orang kafir ialah melahirkan sebanyak2 sukan supaya manusia leka.

bungamg79 said...

Assalamualaikum wbkth...

Setuju.Saya setuju benar dengan pendapat saudari.'Semangat wanita juga boleh' dah dimanfaatkan oleh syaitan yang sentiasa mencari lubang - lubang kelemahan manusia.

aby said...

agenda orang kafir ialah melahirkan sebanyak2 sukan supaya manusia leka.

ummu .. tanpa sukan pun ramai yg lalai ..
tp nak tau yg buat magrib takat cukup rukun atau yg skip magrib ...
tunggu la jap lg ..

badminton , malaysia lwn China ..

sukan lagi !!!!

Ummu Waheedah said...

Memang la, kalau tak ada sukan pun manusia lalai, ada sukan tambah lalai la. Rasanya syaitan pun tak cipta sukan untuk dimainkan sesama depa.Syaitan cuma 'bertenggek pada sukan.'

Tanpa sukan pun ramai wanita tak tutup aurat. Tapi bila bersukan wajib buka aurat . Saya ingat kawan baik saya Mai, dia pemain handalan sukan netball sebagai shooter. Dia pemain sekolah, Sekolah asrama penuh pulak tu.

Datang hidayah kpdnya, masa tu dia minta pakai scarf shj masa main dan pakai trek suit. Guru besar (melayu) ugut nak buang sekolah. Dia sanggup.Akhirnya dia tak mahu main, sekolah kalah netball. Ramai pemain mogok sebab guru besar keras kepala.

Akhirnya dibenarkan juga, menang juga sekolah tu walaupun pemain pakai baju tutup aurat.

Itulah cabaran masa kami sekolah dulu. Kalau tak ada org macam kawan saya, sekarang ni tentu ramai budak sekolah main netball berdosa sebab pakai skirt.

Sekarang ni pancaragam sekolah pun dah pakai tutup aurat. Alhamdulillah.