Wednesday, April 14, 2010

Sakit itu penghapus dosa


Langit tak selalunya cerah. Mendung tak semestinya hujan.Begitu juga hidup ini. Adakalanya
jangkaan kita benar adakala meleset. Hari ini kita sehat esok lusa belum pasti. Hari ini kita melawak, esok kita diarak. Kita lihat kematian demi kematian berlaku secara tiba2 tanpa disangka. Malang dan kemalangan berlaku tanpa kita duga.Inikah cobaan?

Biasanya bila malang berada di hadapan, ada tanda2 awal. Misalnya hati tak tenteram, jiwa rasa sayu atau tiba-tiba gabra terasa tak tentu arah. Adakalanya perasaan tenang biasa sahaja tiba2 malang menimpa. Ketika saya dan emak saya ditimpa kemalangan kira2 4 tahun lalu, tak ada tanda2 malang. Semua persediaan dijaga rapi. Malah tayar kereta pun baru diganti. Dalam kereta yang sama tapi kesan berbeza. Itulah habuan masing2. Emak saya yg selama ini sehat walafiat, akhirnya diduga juga. Dugaan bukan sahaja kepadanya tetapi kepada anak-anak yg terpaksa menjaga selama 10 bulan dia terlantar di atas katil. Namun bila dibanding dengan orang yg terpaksa menjaga ibubapa yg lumpuh beberapa tahun, segera kami ingat, dugaan kami hanyalah sekelumit.

Dua bulan lalu salah seorang jiran saya ditimpa kemalangan ketika bermusafir menyampaikan ilmu. Ustaz Z tabah walaupun koma beberapa hari di hospital Ipoh. Isterinya tidak dapat melawat kerana sarat mengandung. Ketika dipindahkan ke hospital Kuantan, ambulan yg membawanya pula tidak berhemah. Terkulai sebelah kakinya akibat gerakan ganas ambulan yg dipandu laju. Bayangkan betapa ngeri sakitnya. Dari lima penumpang, hanya ustaz Z yg cedera parah. Kata ustaz Z, mungkin dia banyak dosa berbanding yg lain. Ketika saya melawat, keadaan ustaz boleh bercakap ttp tak boleh berjalan. Tulang punggung terseliuh. Namun dia tetap tabah, terus mengatakan ini kafarah dari Allah s.w.t atas dosa2nya yg banyak. Terasa pulak saya, dosa saya lebih banyak agaknya.

Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Minggu lepas kawan saya pula masuk hospital kerana sakit perut. Pakage 4 hari 3 malam dia menginap di wad. Doktor masukkan air garam ttp lepas balik ke rumah masih lagi sakit. Kata orang, sakit ni bila datang macam ribut. nak balik macam semut.Nabi s.a.w mengajar umatnya menjaga makanan kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari perut dan nafsu. Bila kita makan ikut nafsu, penyakit pun hinggap. Lebih-lebih lagi jika kita tak kesah nak berpantang, pantang jumpa semua kita bedal. Bila sakit, dah tak lalu nak makan .

Di wad, ramai pesakit menginap atas sebab2 berbeza. Jiran katil kawan saya sakit asma dan batuk yg teruk. Tetapi dia selamba minum air soya dalam kotak dan biskut jagung. Sedangkan kedua makanan tersebut boleh menambahkan symtom penyakit. Dia secara bergurau minta saya bawa buah anggur.. amboi, macam nak bermastautin pulak di hospital. Kalau dia minta air musoffa atau air zam2 tak apa juga.Getah pada anggur boleh menyebabkan batuk bertambah teruk.

Sewaktu nak pulang dari melawat, pesakit asma tu minta saya doakan dia cepat2 sembuh. Saya kata " Boleh insyaAllah. Tapi kalau minum soya dan makan biskut jagung, tak lut lah doa saya".Dia pun tersengeh. Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.Jadi perlulah kita peka tentang pantang larang dan kerenah sakit yg kita hidapi dan dengarlah nasehat orang lain yang mungkin ada pengalaman tentang sakit itu.

Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)

No comments: