Tuesday, June 15, 2010

Mersing dulu dan sekarang


Pertama kali menjejak kaki ke Mersing adalah dalam tahun 2000. Menginap di Chalet air papan, itu pun main redah sahaja tanpa ada perancangan awal. Cadang masa tu cuma nak melawat dan balik pada hari yang sama, namun bila melihat pantai yg bersih dan air yg sangat jernih terus sahaja cari tempat bermalam. Masa tu keadaan bandar Mersing agak cantik kerana kedudukannya disebelah laut. Dari masjid jamek yang terletak di atas bukit, pemandangan bandar mersing dapat dilihat dengan jelas.

Kini setelah 10 tahun , tak banyak perbezaan di sekitar pantai air papan yg popular itu. Kami tetap memilih chalet air papan yg serba sederhana dengan kos Rm120 semalam pad musim cuti sekolah yang lalu. Yer lah buat apa bayar lebih jika tujuannya sekadar untuk bermain di Pantai dan chalet hanya untuk tidur.jarak Mersig dengan kuantan lebih kurang 250km , 2 jam setengah masa perjalan dengan pemanduan berhemat.

Kebanyakkan resort di sini kini semakin usang dan tak menarik lagi. Kedai menjual baju dan cenderahati semakin terbiar. Cuma yg bertambah ialah ujudnya unit kawalan marin yang hampir 'tak ada kerja'. Mungkin menunggu musim ribut tsunami atau musim tengkujuh untuk memastikan pengunjung pantai selamat dari ombak besar dan bencana alam. Chalet yg kami duduki dulu ada yang sudah dirobohkan dan diganti dengan chalet sekarang. Tiada yg kekal selamanya....

Bandar Mersing pula nampaknya semakin ceria. Semakin banyak bangunan-bangunan dibina sehinggalah ke kawasan berdekatan seperti Tanjung Gemuk yang menjadi pengkalan feri untuk ke Pulau Tioman.

Bagi saya, Pantai air papan di Mersing ini menjadi pilihan kerana airnya yg jernih dan tidak tercemar. Mungkin ini yg cuba dikekalkan oleh penduduk tempatan atau penguasa tempatan. Mungkin juga kerana itu tiada pembangunan drastik yang usahakan dan persekitaran pantai nampak semakin lesu. Walau bagaimana pun bagi peminat alam semula jadi, Mersing mungkin pilihan yg tepat.

No comments: