Saturday, July 3, 2010

Bila melayu kenduri, cina tambah kaya


Kalau dulu pasangan pengantin biasanya memilih musim cuti sekolah sebagai tarikh perkahwinan mereka. Tak pastilah kenapa. Mungkin kebanyakkan keluarga punya anak2 bersekolah dan bila tiba musim cuti sekolah urusan persekolahan terhenti seketika dan dapatlah mereka tumpukan kepada urusan gotong royong menjayakan majlis kenduri kawin saudara mara.

Kini tradisi sudah banyak berubah. Dari urusan kenduri kahwin yang dibantu secara gotong royong keluarga , kini syarikat catering dan event management pula mengambil alih tugas2 penyelenggaraan dari A-Z.Jadi soal tarikh majlis tak jadi masalah. Pihak keluarga boleh berehat,cuma pening nak menyediakan kos upah. Semuanya perlukan wang. Kalau dulu kenduri di rumah pengantin,kini kenduri dan majlis di hotel, di dewan serbaguna, di padang sekolah, di masjid dan terkini di shopping kompleks! Kalu dulu kenduri asing-asing pihak lelaki dan perempaun, kini dibuat sekali, jimat belanja. Ini sudah bagus.


Baru-baru ini saya berpeluang hadir jemputan majlis perkahwian seorang kenalan. dibuat di shopping kompleks terbaru di Kuantan. Khabarnya untuk penyediaan tempat makan dan pelamin sahaja kosnya Rm10k. Itu tak masuk catering makanan, cenderahati dan lauk pauk pengantin. Kerusi meja ditempatkan di ruangan tengah di antara deretan kedai.Gerai-gerai kecil ditengah2 ruang tidak diubah dan ini sedikit membuat ruang menjadi sempit dan semak.

Kesibukan sering menjadi alasan ramai pasangan mengambil jalan mudah menyerahkan urusan penyelenggaraan majlis kepada syarikat. Pihak keluarga juga menjadikan alasan sibuk untuk tidak bersusah payah membantu sehinggakan ada kalanya untuk memasak hidangan pengantin pun tidak ada masa atau lebih tepat ,malas. Sikap bantu membantu semakin pudar, sikap mementingkan diri semakin ketara. Bila sudah diuruskan oleh pihak yg diupah, siapa pun tak akan ambil peduli tentang masalah kecil2an. Jika tetamu tak dapat lauk atau tetamu tak diundang turut menjamu selera pun tak siapa ambil tahu.

Tuan majlis sibuk di bahagian depan, menyambut tetamu. Pengantin buat hal sendiri berposing,ambil gambar dan diakhir majlis berkaraoke pula. Isy , nampaknya majlis kawin dah makin pelik. Pengusaha jajan juga yg semakin kaya. Gula-gula , coklat,bekas bunga telur, beg hiasan , cenderahati dan entah apa lagi tanda kenangan buat tetamu yg datang. Biasanya semua barang2 tersebut akan berakhir ditong sampah jika tak ada kualiti. Lepas majlis, keluarga kedua pihak terutama ibubapa pengantin dan pengantin juga yang terpaksa menanggung hutang. Bukankah lebih baik buat majlis sederhana sahaja, di rumah atau di Dewan serbaguna atau mana2 tempat yg lebih tertutup. Shopping kompleks rasanya tak sesuai.. entahlah.

No comments: