Friday, March 5, 2010

Lain PC lain paparan


Sesekali saya pergi juga ke CC (cyber cafe) , terutama jika PC di rumah saya meragam. Kadangkala saya ke TM-point, sambil membuat urusan pembelian /pembayaran saya menggunakan PC percuma untuk akses internet. Sangka saya, jika guna PC di PM-point tentu lah berdezup lajunya, rupanya lebih teruk dari Streamyx di rumah. Streamyx saya ni bukan 100mbps pun, hanya 375mbps sahaja.


Bila mengakses blog sendiri, lucu pun ada. Mana tidaknya, animation tak bergerak, warna pun dah berubah. Kita dah perasan buat blog kita cantik, bila akses dari PC lain jadi teruk. Patutlah ada kala maklumat tak sampai.Patutlah ada orang kata blok ku hambar.. kah kah.

Biarlah apa orang nak kata. Blog kita rumah kita. Orang lalu nak baca, bacalah. Tak baca tak apa, tak jadi kudis. Yg penting ada mesej yg nak saya sampaikan sama ada di awal , dipertengahan mahupun di akhir satu satu posting. Kalau baca blog saya dengan harapan nak mengendap apa cerita saya, lupakan sahajalah. Saya tak akan bawa kisah rumah tangga, kisah tetangga atau kisah peribadi untuk tatapan umum melainkan memang perkara umum untuk diambil iktibar seperti kes kecurian perbankan, kisah kematian,kisah bertetamu dan sebagainya.

Sekali sekala bila ada kisah peribadi, ianya 100 kisah benar,tetapi diedit sedikit supaya tak teraniaya pihak lain. Selalunya kisah benar itu disaring supaya ianya boleh diambil iktibar. Sesekali ada gambar2 keluarga, sekadar suka2 kerana ini blog kita, kita punya suka nak tulis apa.Asalkan tidak melanggar batas agama, tidak mengumpat tidak mengata tidak pula menghina mencela mana-mana pihak. Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yg merasa peringatan itu bermanfaat.

No comments: