Sunday, February 28, 2010

Hari melayan tatamu

Tarikh 12 rabi'ul awal tahun gajah disejarahkan sebagai tarikh keramat. Tarikh lahirnya insan yg martabatnya sebagai 'rahmatan lil alamin'. Bukan setakat rahmat kepada insan manusia malah sebagai rahmat ke atas sekelian alam.

Kelahirannya disambut meriah oleh seluruh keluarga terutama bapa2 saudara Nabi s.a.w yang terdiri dari kabilah bangsa Quraish yang terkenal di kalangan bangsa Arab yang bertamadun ketika itu.Abu lahab gembira,begitu juga Abi Talib.Walaupun Abu lahab akhirnya menentang Islam dan Abi Talib tidak masuk Islam, namum mereka tetap gembira dengan kelahiran anak saudara mereka Muhammad s.a.w.

Sebahagian negara yang majoriti umatnya beragama Islam menjadikan tarikh kelahiran Nabiu s.a.w sebagai tarikh cuti umum supaya ummat Islam boleh merayakan hari tersebut dengan mengingati sejarah kelahiran nabi mereka Muhammad s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad wa ala ali Muhammad.Tahun ini adalah tahun paling kecoh tentang sambutan maulidir rasul. Beberapa negeri yang membatalkan perarakan Maulid dikatakan sebagai cuba melumpuhkan ingatan ummat Islam kepada junjungan besar Muhammad s.a.w. Biarpun begitu, cuti umum tetap seperti biasa. Bila cuti ummat Muhammad akan merayakannya dengan cara sendiri.

Syukur alhamdulillah, cuti maulid tahun ini rumah saya pun tambah meriah dengan kehadiran tetamu tetamu dari jauh dan dekat. Sudah lama tak bersua, kerana kerja dan kerana urusan keluarga, kami tak mampu untuk selalu berjumpa. Dari hari Jumaat sampai hari ahad, setiap hari ada tetamu. Seronok bila tetamu datang walaupun sebentar dan tidak bermalam. Selalunya tetamu saya datang bermalam, kali ini kerana jumlah mereka ramai,menginap di Hotel lebih selesa.

Soal jamuan bukanlah perkara yg menyusahkan. Kita boleh buat jamuan ringkas sahaja, pecal,soto,Kueh mueh sedikit sebanyak.Kalau tetamu satu family lebih mudah. Jika agak ramai , yang mudah kita 'order' sahaja. Kebetulan di rumah saya ketika itu ada buah kelapa muda.Maka upacara mengupas buah kelapa muda menjadi acara yg menggembirakan. Seronok melihat tetamu mengupas kelapa, macam macam 'style'.Jiran jiran pula ada yg datang memeriahkan suasana. Mereka pun tunjuk bakat panjat pokok kelapa. Buah kedondong pula masih putik,jika tidak tentu ada juga peminatnya.

Kepada tetamu dan bakal tetamu, sudi2kanlah singgah dilain waktu.Ziarah menziarahi adalah amalan yg disukai oleh Nabi s.a.w iaitu kita mengeratkan silaturrahim.Dewasa ini ramai ummat Islam yg tidak suka berziarah dan tidak suka diganggu . Dengan kata lain ,tidak suka menerima tetamu.Sebenarnya banyak kerberkatan dari tetamu yg datang.Letih menyediakan juadah lenyap dek kegembiraan menerima tamu. Selain dari rasa kekeluargaan,kita bersalaman sambil berselawat kepada Nabi s.a.w mudah2an ukhwah kita sampai ke surga.

No comments: