Wednesday, March 10, 2010

Sayang cucu


Ada orang kata , bila seseorang itu mendapat cucu rasa bangga dan gembiranya mengalahkan dapat anak pertama. Mungkin ada benarnya kerana pada ketika itu mereka kehadiran generasi ketiga. Untung sakan lah cucu yang atok dan neneknya agak mewah. Maklum bila sudah bercucu tu , maknanya ekonomi selalunya sudah kukuh. Masa tu ramai yang susdah pencen atau hampir pencen. Banyak masa yang boleh diluangkan untuk cucu sorang demi sorang.

Hendaknya pulak cucu tu yang dinanti-nantikan. Keluar pulak cucu yang jantinanya memang dah diimpikan, baju dah dibelikan, segala kelengkapan dah disediakan. Keluar pula cucu yang mukanya comel badannya montok cukup sifat, tidak spastik. Bertambah meletoplah perasaan si atok dan nenek mengalahkan dapat loteri yg tak dibeli. he he.


Cucu punya pasal, kadang2 atok dengan nenek berbalah. Masing-masing nak tunjuk depalah yg pandai jaga cucu. Si atok yang dulunya tak pernah mandikan dan pakaikan lampin anak , tapi sekarang bukan setakat pakaikan pamper malah pandai cuci kencing berak. Kalau cucu kena gigit nyamuk pun boleh jadi satu cerita panjang, disoal selidik anaknya kenapa cucu sampai kena gigit nyamuk. Amboi amboi si cucu bukan main lagi la, manja bukan kepalang. Jadi macam anak patong yang dijaga rapi tak boleh satu langau pun hinggap.

Itulah nasib si cucu. Emak ayahnya dulu tak merasa ditimang oleh atok/nenek kerana atok nenek dah meninggal atau tak mampu. Malah si ibu jarang dapat didukung oleh bapanya yang sibuk memanjang mencari rezeki.Bila melihat anak dipangku atok/nenek , kadangkala hati ibubapa pun tersentuh dan tertanya2 " eh ini anak aku ker atau anak mak bapak aku.?. Mana tidaknya kadang kadang ibu bapa tak ada kuasa ke atas anak ,semuanya diatur oleh atok dan neneknya.

Begitulah nasib manusia, jangan kita irihati kerana kelebihan masing-masing. Jangan pula mengharap apa yg kita sayang akan kekal selamanya sehingga bila kita diuji nanti, kita jadi kufur kerana sayang yang berlebihan.Ingatlah dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali. Sayanglah seadanya, timanglah berpada-pada. Jangan sampai yg dipuja naik kepala, yg diharap naik muka. Jangan sampai kita menyesal seperti dalam cerita "anakku sazali".

No comments: