Thursday, September 3, 2009

Mengisi Ramadhan


Alhamdulillah, kita sudah masuk hari yang ke-14 Ramadhan bagi tahun 1430 hijrah hari ini. Maknanya tak lama lagi kita akan merayakan hari kebesaran, hari raya. Ada yang sudah pun siap beberapa helai pakaian dan ada yg dah siap beberapa jenis kuih. Saya tak bersiap apa2 pun semuanya terbengkalai. Al-Qur'an pun belum dapat khatam. Anak bulan syawal belum kelihatan, 'ibu' bulan dah nampak dulu... tu yang payah.

Masih ada masa untuk kita muhasabah diri, apakah sasaran Ramadhan kita kali ini dapat kita tunaikan? Sudahkah zakat kita keluarkan ? Jika belum elok dipercepatkan. Saya membiasakan bayar zakat fitrah dan zakat pendapatan pada bulan Ramadhan, senang kira dan senang berurusan di pejabat zakat sekali setahun.Ingat Ramadhan , ingat zakat. InsyaAllah petang ni nak ke pejabat zakat, sempena hari Jumaat yang mulia dan sebelum budjet tersasar di Bazaar Ramadhan dan di Pasaraya.

TERINGIN.

Ketika nak berbuka ingatkan diri kita, jangan membeli kerana teringin. Saya baru membaca satu rencana dalam majalah solusi isu no.9, bertajuk Keinginan atau keperluan catatan Umar M. Noor. Umar al-faruq (Saidina Umar al-khattab)mengingatkan umat di zamannya agar tidak menjadikan keinginan sebagai asas konsumsi sebaliknya mengutamakan keperluan.


Memanglah betul, bila nampak makanan tengah lapar, semua kita teringin. Bila balik rumah, berbuka dengan sebiji kurma dah terasa kenyang. Tapi hakikat manusia ni, walau pun dah ingatkan diri tetapi tersasar juga. Sebab tu saya jarang ke Bazaar Ramadhan kecuali untuk membeli keperluan mak saya. Pernah sekali beli laksa, balik terpaksa buang sebab laksanya manis.. tak termakan dibuatnya. Rasa tertipu pulak, itulah akibat melayan perasaan teringin.


LAILATUL QADAR

Mampukan kita menemukan malam lailatul qadar tahun ini? InsyaAllah jika kita terus bersungguh2 Allah akan temukan kita dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Man jadda wa jada.. siapa yg bersungguh dia akan dapat. Walaupun rasanya sukar nak dapat. Maklumlah apa sangatlah usaha dan amalan kita yang hebat di bulan Ramadhan ini, asyik letih memanjang. Siang letih kerja malam mengantuk. Yang tak kerja pun letih buat kerja rumah yang tak habis2. Bagaimana agaknya dapat kita temukan lailatulqadar kalau begini cara kita. Kerana itu saya sangat rindu untuk berpuasa di Makkah lagi, aduh tak tergambar betapa seronoknya kalau tiap tahun dapat menghabiskan sebulan Ramadhan di sana. Di Mekkah semakin ke hujung Ramadhan, orang semakin ramai di Masjidil Haram. Masing masing nak rebut keberkatan dan keampunan Allah s.w.t. Yang ajaibnya badan tak terasa letih mungkin juga kerana menelan air zam-zam setiap hari.

Di Negara kita, tiap hari kita menelan macam2 jenis air yg melemahkan badan iaitu air ais- Ice blended , ABC, cendol campur, cendol pulut,lai chi kang ditambah dengan aneka bubur seperti bubur caca, pengat pisang, bubur lambuk dan macam-macamlah sampai nafas pun semput nak bertarawih. Kadang2 terpaksa tidur dulu sebelum tarawih.. Bagi yg bersolat di masjid , alhamdulillah banyak masjid menyediakan juadah berbuka, more dan sahur.Pendek kata siapa yg nak jimat budget bolehlah mengimarahkan masjid dari maghrib sampai subuh.Pahala dapat duit pun selamat. Boleh buat belanja raya. Tak perlu sertai program jana wang. Bagi yg belum sempat berbuka dan bersahur di masjid bolehlah mulakan separuh bulan terakhir ini. Khabarnya di masjid baru Putrajaya, banyak makanan enak2, silalah ke sana kepada sesiapa yg berkesempatan.
n

No comments: