Monday, July 20, 2009

Tak ada selera

Kalau dah tak ada selera, ayam tergolek depan mata pun tak guna. Begitulah pentingnya selera, tanpa selera manusia tak boleh nak menikmati keenakan makanan. Emak saya dah hampir 3 minggu tak ada selera makan. Dibuatkan masakan kegemarannya pun tak mahu makan. Kalau makan sedikit sahaja, tak macam selalu.

Hal ini mnembimbangkan saya.Sudah tiga orang doktor merawatnya , masing2 kata tak serius cuma 'angin'. Ubat yang diberi sama sahaja -> gelusil, multi vitamin dan ubat sakit perut. Sudah dibawa berurut cara kampung, masih lagi tak pecah anginnya, jahat sungguh angin tu :). Orang melayu cukup percaya dengan kejahatan 'angin', secara saintifiknya tidaklah saya ketahui apa sebenarnya 'angin' ini ,adakah ia sejenis virus?


Apa yg penting , bila sakit angin jangan sampai 'naik angin satu badan'. Biar angin tu di badan jangan sampai naik ke kepala , jadi 'kepala angin' lagi susah. Tukang urut dan pengamal perubatan tradisional selalu pesan kalau sakit dalam perut jangan makan benda-benda yg berangin, contohnya tumbuh2an menjalar seperti kacang, petola, peria , timun, labu dan sebagainya. Begitu juga chili padi, chili padi ni kununnya pembawa angin nombor wahid. Hai susah lah macam tu.. apa kaitan tumbuhan menjalar dan chili padi dengan 'angin'.?

Walaupun tak ada selera , saya tetap me'maksa' mak saya makan. Tak sanggup saya tengok dia nantinya kurus kering tinggal tulang macam sorang saudara jiran saya. Mula2 dia tak ada selera, kemudian ada jangkitan di mulut menyebabkan tak boleh telan makanan. Tak mahu pula berubat, akhirnya badan tinggal tulang walaupun umur baru 40 tahun. Minggu lepas koma 2 hari dan bila sedar pihak hospital suruh bawa balik walaupun cirit birit belum sembuh. Berubat pula cara alternatif yang memakan belanja RM9 ribu. Itulah akibatnya kerana menangguh2 ke hospital dan membiarkan diri berlapar.

Makanan penting untuk memberi tenaga. Kalau dah tak ada tenaga nak ketuk keyboard PC ni pun tak terdaya. Makanlah apa yg mampu dimakan , ada hadis yg menyuruh supaya orang sakit diberikan makanan kegemarannya. Semua ini untuk menerbitkan selera. Beberapa kali saya terpaksa ke bandar membeli cendol-ABC kerana itu sahaja yg mak saya selera, durian pun dia dah tak mahu. Walhal sebelum ni durian tu lah yang dia tak boleh tahan bau, selera sangat.

Begitulah kita kelak, bila meniti usia tua. Selera dah makin berkurangan, makan tak lalu. Tidur sahaja yang ditunggu.


No comments: