Thursday, July 23, 2009

Jantan Romeo-wanita juga sumber inflasi!


Tengahari tadi sewaktu mencari-cari buku "Medicine of the prophet" saya ternampak sebuah novel yg masih belum dibuka balutan plastiknya. Spontan teringat 5 buah novel yang saya beli beberapa bulan lepas semasa jualan murah RM10 untuk 5 buah novel. Maknanya RM2 satu novel, memang lumayan. Dah berdekad rasanya saya tak baca novel kecuali novel Zaid Akhtar dan Faisal Tehrani. Tajuk novel tersebut'Jantan Romeo" dan ada cetakan kecil di sudut kiri -wanita juga sumber inflasi!.

Rasa tergesa saya ingin membacanya,tetapi saya menetapkan hanya akan menghabiskan paling banyak sejam untuk menghabiskan bacaan. Tak kira apa cara pun kerana masa itu emas... nanti tak cukup pula bajet masa yg selalu tak kecukupan akhir2 ini. Memang dapat saya habiskan cepat novel yg mengandungi lebih kurang 150 m/surat ini. Ini pertama kali saya membaca karya Matt Romeo penulis novel ini. Gaya bahasa yg bersahaja dan kelakar menyebabkan saya boleh terus membaca dari mula hingga akhir. Apa yang menariknya isi kandungan novel ini selain gimik tajuknya dan ringkasan kisahnya?


Bila sebut Jantan Romeo memanglah kasar bunyi bahasanya. Kita dapat mengagak yang kisahnya tentu berkisar tentang sikap lelaki hidung belang atau buaya darat, bujang senang atau Donjuan. Itulah istilah-istilah yang biasa ditujukan kepada lelaki jenis miang dan tidak bertanggungjawap. Kenapa pula wanita dikatakan sebagai sumber inflasi, bukankah inflasi itu berkaitan dengan harga barang, bila harga barang melambung tinggi,bekalan tak mencukupi maka berlaku fenomena inflasi.Begitu juga jika kuasa beli pengguna turun ia menyebabkan inflasi. Apakah kerana wanita meletakkan harga mahar/hantaran yg tinggi menyebabkan inflasi??

Sebenarnya novel ini hanya khayalan sebagaimana khayalan penulis novel lain. Yg membaca sudah tertipu, tipah tertipulah.Tapi hakikatnya semua novel adalah cerita menipu,khayalan penulis semata.Apa pengajaranya ? saya pun tak tahu , namun saya tertarik dengan dialoq yg dituturkan secara bersahaja dan hidup. Tidak seperti sesetengah novel yg menuliskan bahasa persuratan yang kaku.Itu yg membuatkan mata boleh celik sejam. Kalau baca al-qur'an lepas 30 minit mulalah mata bagaikan digantung batu bersurat..berlapis2 ayat yg dibaca . Kadang-kadang jika membacanya diwaktu tengahari boleh terlena tanpa sedar.

Khayalan penulis novel ini menceritakan detik-detik cemas dia mempertahankan keterunaannya sewaktu mencari maklumat kegiatan pelacur untuk dijadikan bahan cerita akhbar tempat dia bekerja.Di situ ada adegan2 panas yg 'terputus bekalan elektrik' buat suspen jer.Akhirnya cerita ini menjadi misteri kerana tempat2 yang singgahinya untuk membuat liputan semuanya adalah bangunan yang pernah terbakar dan memang sudah lama 'tiada'. Yang ada adalah bangunan baru. Jadi pelacur2 yang menggoda Romeo ini adalah arwah yang mungkin masih berkeliaran didunia kerana tidak diterima oleh alam barzah (sangkaan saya).

Tetapi di alam nyata memang boleh diterima tanggapan yang wanita juga sumber inflasi. Sumber maknanya penyebab inflasi. Ini kerana harga mahar yg tinggi menyebabkan ramai lelaki memilih GRO atau pelacur untuk didampingi , itu pun lelaki jenis Romeo sahaja yang berbuat begitu.Lelaki beriman tidak akan sanggup menyentuh tubuh wanita bukan mahramnya. Maknanya bila ada ramai lelaki berstatus romeo ujudlah permintaan terhadap perkhidmatan pelacuran.Bila berlaku infalsi, harga barang tinggi , ujud pula lelaki yg menggunakan wanita sebagai barang dagangan untuk mendapatkan wang. Wang ini pula digunakan untuk membeli barang keperluan yang harganya semakin meningkat.

Lelaki yang sepatutnya melindungi wanita (qawwamuna alan nisa) sebaliknya mengekploitasi kaum wanita sehingga mereka mati dalam keadaan mahu menuntut bela. Mereka menjadi roh-roh jahat yang mengejar jantan-jantan romeo. Apakah hal ini wajar sebagai balasan dunia terhadap kedurjaan romeo yang tak bertanggungjawap? Siapa yang boleh menulis panjang2 bolehlah buat cerpen mengulas novel tersebut, mungkin boleh buat novel baru.Inilah akibatnya jika kita ketepikan panduan dari al-qur'an dan menjadikan bahan bacaan lain sebagai pedoman. Bila hidup tak ada pedoman tak adalah kekuatan dalaman (jiwa kosong). Mudah2 sahaja terjebak kepada maksiat. Nauzubillah.



1 comment:

Zac Ali said...

Salam. Kalau rasa nak jual buku ni, bolehlah contact sy ya. Tq. :)