Saturday, June 27, 2009

Selamat berhari minggu

Banyak yg nak diperkatakan ttp tak tertulis. Banyak yg dah ditulis belum diperkatakan.Banyak yg dikata belum dikota. Banyak yg dijanji belum ditunai.




Hari ini hari minggu
Semalam hari Sabtu
Esok Isnin sudah tentu
Apa yg kita tunggu?


Bila tiba hari minggu
Ada yg pagi2 dah sedia menu
Makanan dah ada untuk dijamu
Program sehari sudah menunggu.

Surat khabar tak boleh lupa
Tak baca Qur'an tak rasa apa
Tak baca akhbar rasa tak kena
Berita dunia nak tahu juga.

Hari minggu orang tak kerja
Kebanyakkannya cuti seantero dunia
Hari minggu tak ada fadhilat ker?
Semua orang pakat nak relaks jer.

Apa salahnya kita aturkan
Hari minggu kita penuhkan
Dengan amalan yg kita tinggalkan
solat dhuha, solat tasbih kita kerjakan.

Bacalah al-qur'an sejuzuk khatamkan
Kalau dapat kita usahakan
Hadiri kelas-kelas pengajian
atau baca buku2 ilmuan.

Hari minggu kita selalu leka
Tv banyak buat angkara
Kalau tak TV jom heboh melanda
Nak hilang bosan seminggu bekerja.

Pejam celik masa berlalu
tup tup dah masuk waktu
Hari minggu pun kita melahu
Tak mahu imarahkan Masjid yg kaku.

Kadang-kadang kita perlukan
Berehat bersantai di tepi pantai
Tapi janganlah pula kita amalkan
Setiap minggu sampai pokai.

Minggu ini sunyi dan hening
Mana perginya jiran sekeliling
Ada yg demam ada yg pening
Begitulah lumrah dunia berpusing.

Ada kalanya kita bergembira
Di sudut lain orang merana
Ada yang dah pergi meninggalkan dunia
Kita yg hidup masih bernyawa.

Ayuhlah kita segera mengitung
amal kita sudahkah mencukupi
Sebelum keranda kita diusung
elok kita nilai sendiri.

No comments: