Tuesday, June 30, 2009

Sekuntum mawar merah sebuah harapan


Sekuntum mawar merah sebuah puisi, untuk gadis pilihan.ooh di bulan Februari.. Begitulah mendayunya lagu Alleycats yg menjadi pujaan sebahgian ummat Melayu dari dulu hingga kini.

Saya sebenarnya tak berminat nak mengulas tentang Hari Kekasih baik dari segi hukum merayakannya mahupun logika merayakannya.Saya cuma nak berkelana minda tentang bunga dan harapan.Berbunga-bunga harapan dengan bunga.

Memang tak dapat kita nafikan bahawa pemberian bunga selalunya berserta harapan. Baik dari siapa sekali pun, jika tidak hajat, tentunya diiringi harapan agar si penerima berasa bangga, besar hari dan bertuah menerimanya.Si penjual bunga pula , bila bunganya subur tentulah ada harapan untuk segera laku. Maka rezki penjual bunga dan pokok bunga menanti disebalik harapan.

Pertama kali saya menerima bunga ialah pada tahun pertama saya bekerja.Ianya dihadiahkan oleh salah seorang pelanggan pejabat,seorang wanita. Memandangkan terdapat larangan menerima bunga atau apa2 hadiah,untuk mengelakkan sebarang bentuk rasuah saya awalnya menolak. Tetapi pelanggan tersebut (berbangsa cina) masih lagi mendesak dengan alasan beliau hanya nak 'ucap terima kasih'. Sebenarnya dia hanya mahu menghargai saya kerana telah banyak 'bersembang'(beri penerangan) dengan beliau ketika kunjungannya ke pejabat.Rupanya layanan saya yg biasa itu telah mengubah persepsi beliau terhadap kakitangan awam.

Sebelum itu beliau yg baru berkerja mendapat maklumat bahawa pejabat kami tidak mesra pelanggan dan kebanyakkanya pegawai adalah 'cenge' dan garang.Perkara ini saya akui kerana sikap itulah yg di'ajar' kepada saya oleh pegawai yang telah berkhidmat terlebih dahulu. Kata pegawai saya, kita tak boleh bagi muka kepada public kelak akan jadi 'kuli' mereka dan mereka tidak akan mahu belajar sendiri.Semua mahu disuap dan tentunya akan mengambil masa berkerja .

Tetapi bagi saya pula, ada perkara yg kita perlu ajar public, dan ada perkara yg kita perlu bertegas. Sepatutnya pejabat kerajaan khasnya,menyediakan satu manual dan carta aliran bagi kegunaan pelanggan,supaya pelanggan tidak banyak soal barulah kita boleh berkerja dengan gangguan pelanggan yg minima. Jika manual tak disediakan, pelanggan terkapai2 dan bila menghantar borang selalu silap, maka berlakulah kerja yg banyak di pihak pegawai awam kerana terpaksa meng'kueri' borang. Bagi saya ini juga memakan masa. Jadi ada baiknya kita beri penerangan secara lisan atau tulisan, barulah kita boleh lepas tangan atau 'salah'kan public bila kesilapan berlaku.

Akhirnya saya menerima juga jambangan bunga dari pelanggan berkenaan selepas mendapat kepastian dari ketua jabatan. Jambangan tersebut bukanlah untuk merasuah saya kerana ia diberikan secara sepontan selepas pertemuan, bukan dijanjikan selepas saya melaksanakan 'tugasan'. Walau bagaimanapun rupanya jambangan bunga juga menjadi 'buah mulut' orang. Walaupun dari seorang wanita, ia tetap jadi bualan dan dipandang sinis.

Ada juga yang mengeluarkan kata2 sindiran seolah2 saya akan menjadi 'orang dalaman' kepada pelanggan berkenaan,kununnya pelanggan nanti dapat khidmat istimewa dari saya. Sebenarnya itu tidak benar, tak ada perkhidmatan lain selain dari perkhidmatan yg wajar diterima oleh pelanggan . Saya menerima jambangan bunga selepas memberikan 'amaran' dan pelanggan saya faham dan kami menjadi kawan sehingga kini. Dan selama saya bekerja tidak pernah beliau 'berlebih2an', tetapi tetap akan menjengah saya, jika datang ke pejabat untuk berbagai urusan. Bagi saya begitulah sikap orang yg ikhlas memberi walaupun beliau berbeza agama dengan saya.

Ini berbeza dengan sikap sesetengah bangsa kita.Bukan sahaja tak pandai menghargai malah selalunya mempunyai niat yg tersembunyi ibarat telunjuk lurus kelingking berkait. Saya sudah beberapa kali terkena dengan rakan, keluarga dan orang awam lainnya. Malah jika mereka mula bertanya khabar dengan kerap, begitu prihatin secara tiba-tiba (tak tentu pasal), tentunya kita dapat menelah adanya 'udang di sebalik batu'. Walaupun tidak dihulur sejambak bunga, tetapi bunga2 bahasa sudah cukup sebagai penanda adanya harapan tersemat dihati.

Dan biasanya sangkaan saya tidak meleset. Ada jenis manusia yang bila hendak meminjam , nak menjual barang atau mahukan sebarang pertolongan mulutnya manis , bahasanya berbunga dengan puji-pujian. Sekali mungkin kita tak perasan akan tingkah laku ini, tetapi bila 2-3 kali begitu, maka kita akan merasa jengkel dan menyampah.Bila sudah dapat apa dihajat, hantar SMS pun tak ada masa, jauh sekali nak bertanya khabar atau berziarah. Jadi sama-samalah kita hindari sikap begini, belajarlah mengikhlaskan diri dan janganlah bersikap baik hanya bila ada kepentingan diri. Allahu'aklam.

No comments: