Thursday, June 11, 2009

Ramai yang tak tahu jimat prepaid



Keperluan komunikasi menggunakan talipon bimbit (hand phone-HP) kini menjadi satu kemestian bukan lagi satu kemewahan sehingga murid sekolah rendah sudah biasa membawa HP ke sekolah walaupun tak dibenarkan mengunakannya pada waktu sekolah. Ramai ibubapa memilih beberapa pakage yang murah menggabungkan penggunaan sekeluarga, namun masih ramai yg memilih pakage prabayar dari pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan.

Celcom adalah antara 'service provider' yang terkenal dan diminati ramai. Saya sendiri memilih prabayar 8pax dan prabayar celcom blue sekarang. Dulunya saya 'tertipu' dek perkhidmatan pasca bayar selama beberapa tahun kerana tak mengambil endah akan perubahan dan tawaran perkhidmatan yang berbagai2. Maklumlah kesibukan tugas lebih utama dari mengambil tahu tawaran celcom akhirnya rugi wang kerana membayar beratus2 ringgit kepada perkhidmatan yg sama iaitu membuat panggilan dan menghantar SMS.

Dulu perkhidmatan Celcom perlu didaftar semuanya (tahun 90an), kena bayar deposit dan boleh pilih nombor.Saya tak pasti bila perkhidmatan prabayar bermula, dan tup tup prabayar pun sudah diwajibkan daftar. Entah bila2 semua perubahan berlaku tidaklah saya pasti. Seingat saya sekitar tahun 2002 saya mula guna perkhidmatan prabayar TM setelah berlaku kesilapan pada bil bulanan CELCOM.Ketika itu saya terpaksa membayar beratus ringgit disebabkan saya membuat 'divert'. Mengalihkan (divert) dari satu nombor celcoM ke nombor celcom yg lain dikira sebagai 2 panggilan yg berbeza rupanya.


Kini semua itu tinggal kenangan. Saya masih memilih celcom tetapi menggunakan prabayar dan belajar menggunakan semua perkhidmatan yg menjimatkan. Rupanya di kalangan rakan2 saya masih ada yg belum tahu menggunakan perkhidamtan 8pax dan teman20 walaupun penjimatannya begitu besar.Jadi bagi mereka yg menggunakan celcom pra bayar belajarlah menggunakan 8pax/teman20 untuk penjimatan yg maksima.

Bukannya susah, anda hanya perlu taip 8pax ON hantar ker 28882 atau jika menggunakan celcom blue tapi Teman ON hantar ke 28882. Kemudian ikut arahan selanjutnya, sama ada taip 8pax ADD [no talipon] atau teman ADD [no talipon] untuk daftar nombor yg ingin kita pilih untuk didaftarkan sehingga 8 nombor (atau 20 nombor untuk celcom blue). Bila sudah daftar nombor2 berkenaan boleh di'dial' seperti biasa dan kadar panggilannya hanyalah 15sen seminit tanpa batas kawasan dan 1 sen SMS ke mana jua nombor celcom/TM dan nombor talian tetap. Bukankah ini jimat namanya?

Ada kalanya Celcom memberikan bonus beberapa SMS percuma dan beberapa jam perbualan percuma jika kita istiqomah membuat 'top-up'. Selain dari itu kita juga boleh meminjam dari Celcom jika kehabisan credit. Taip Advance dan hantar ke 28882 dan anda mendapat RM2 yg akan ditolak apabila anda top-up kredit seterusnya. Tak perlulah anda 'minta sedekah' dari rakan2 kerana kehabisan kredit, dan air muka pun boleh disorok dengan kemudahan CELCOM ini, he he.:)

Wa kena beb

Suatu hari saya terkena, kena 'lelong' oleh suatu SMS yg mengatakan saya telah memenangi bonus celcom bernilai RM80. Untuk mendapatkan bonus berkenaan saya dikehendaki menaipkan RM8 dan hantar ke 1 diikuti nombor penghantar SMS. Kerana kejahilan dan tamak, saya pun mengikuti arahan tersebut. Sejurus selepas itu Celcom menghantar maklumbalas mengatakan bahawa RM8 telah dipindahkan ke akaun si penghantar SMS tadi. Wah apa lagi, hangin lah saya. Lalu saya pun menghantar SMS kepada beliau semula meminta dikembalikan RM8 tersebut. Dia enggan dan terjadilah 'perang SMS'. Lucu juga mengingatkan peristiwa tersebut. Itulah akibat jahil tentang arahan2 celcom.

Akhirnya selepas berbalas SMS dan setelah di'sembur' dengan beberapa 'ayat power' akhirnya penyangak tadi mengalah apabila saya minta dia kembalikan RM5 dan saya sedekahkan RM3. Itu pun katanya kerana saya perempuan (mana dia tahu?).Dan kemudiannya si penyangak tadi nak berkenalan pula.. hah memang cari penyakit lah dia. Dah lah meng'auta', nak berkenalan pula. Duit SMS pun tak larat nak bayar, ada hati pula nak berkenalan menggunakan duit sedekah kita , he he. Entahlah antara lucu dan geram dibuatnya dengan perangai ummat yang sudah semakin hilang malu.

Walau apa pun itulah pengajaran berharga RM3 yg saya dapat. Dan disebabkan peristiwa tersebut saya banyak belajar arahan2 celcom dan mengambil peduli apa perubahan yang berlaku termasuk kerap mengunjungi pejabat celcom untuk bertanya.Jadi kepada pengguna CELCOM , gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan bijak. Ambillah manfaat dari penjimatan yg disediakan. Selepas menggunakan 8pax saya pernah menalipon kakak saya ketika beliau bercuti di Europe.. dan cas yg dikenakan tetap 15sen seminit.Fikirkan sejenak.

No comments: