Saturday, April 25, 2009

Petua orang lama


Kehadiran orang baru tentunya memeriahkan kehidupan orang lama. Atok dan nenek lebih sakan gembiranya bila dapat cucu sulong , sama seperti ibu bapa dapat anak sulong. Lalu nama menjadi rebutan. Kesian budak sekarang,nama2nya panjang2 dipanggil satu nama sahaja. Petua orang lama , nama biar pendek tapi bermakna.

Macam budak kat atas tu namanya ada 17 huruf, nak tulis dalam borang atau cek pun susah,panjang. Nasib la ya Nurul Arina Qistina....tapi nama orang lama pun tak kurang ada yang tak berapa elok misalnya zainab jadi jenab, ahmad jadi Mat, muhammad jadi mamat, Aisyah jadi Esah dan sebagainya.

Di kesempatan kali ini ingin saya turunkan beberapa petua lama yang mungkin maustajab mungkin juga tidak. Petua2 ini tiada kaitan dengan kajian saintifik tetapi dibuktikan berkesan oleh pengamalnya yang yakin.


1- Petua lebatkan kening.
Petua ini dilakukan ke atas bayi baru lahir. Biasanya bayi perempuan. Kaedah yg di guna ilah menggunakan 'tahi kemang' iaitu najis pertama yg dikeluarkan oleh bayi tersebut. Ambil putik kapas (cotton bud), coletkan sedikit 'tahi kemang' dan oleskan pada kening bayi secara melintang. Biarkan kering sebelum dicuci.Buktinya, lihatlah kening arina (gambar atas).


2-Petua mengurangkan demam malam bagi bayi atau kanak-kanak.
Ambil kulit kerang, cuci bersih. Rendam dalam baldi yg berisi air dan letakkan ditempat panas beberapa jam. Sejukkan air (simpan dalam suhu bilik) dan mandikan bayi yg kerap demam malam. Mandikan waktu siang.

3.Amalkan minum susu kambing dan kunyah habbatussaudak masa mengandung

Bagi wanita mengandung,bila kandungan mencapai 7 bulan elok amalkan minum susu kambing secawan dan kunyah secubit habbatusaudak (bijirin hitam yg belum diproses) setiap hari sehingga melahirkan. Amalan ini dapat mengelak bayi dari terkena demam kuning dan membantu kesihatan ibu & bayi selepas dilahirkan.InsyaAllah bayi akan sihat dan kurang meragam.Minum susu kambing adalah sunnah para rasul.

4-Mengelak bayi dari terkena sampukan atau gangguan syaitan

Ketika pulang ke rumah jangan terus mengagah/acah budak. Buatlah kerja lain dulu atau ambil wudhu.Sebelum masuk rumah dari perjalan jauh, ucapkan salam kepada diri sendiri dan jawap sendiri sebanyak 3x. Kemudian barulah bagi salam kepada penghuni rumah.Jangan biasakan bawa bayi ke luar rumah 30 minit sebelum maghrib (rembang petang) dan selepas maghrib melainkan ada keperluan mendesak.

Itulah sahaja yg sempat dicatatkan kali ini.


5 comments:

Bawang Goreng said...

Erk...

Tahi gagak tu? Hemmm...

Mak saya bakar buah keras, ambil minyaknya dan oles di kening. Insya Allah, lebat jadinya. Jangan dioles sampai bertemu kiri-kanan udah ler... Yang ni saya buat utk anak pertama, Dina.

Saya sapu air liur aje, calit lidah dengan jari kelingking, lukis di kening anak. Menjadik juga.. yang ni saya buat utk anak ke dua (Dania) dan ketiga (Ilham).

Ummu Waheedah said...

Tahi gagak mana lak bawang, tahi kemang. Tahi buadak tu sendiri ler.. yg mula2. macam susu awal lembu he he,. budak2 mana ada susu dia ada tahi la... hisy, ada pulak nanti marah sebut tahi.

Memang banyak petua ni, saya tanya mak saya dia kata tak ada petua pun. Lebat pun kening saya he he, keturunan pun memain peranan sebenarnya. Kalau ada darah keturunan DKK tak payah calit apa pun...:)

ada lagi petua2 sebenarnya,belum habis tulih.

Ummu Waheedah said...

eh bawang, anak bawang ada berap nama setiap sorang? berapa huruf?e he yg akan datang buh ringkas2 jerlah yer.

Jangan buh nama mcm NUUR SCHAKYRA ADDYNA, tegeliat nak membaca.

Bawang Goreng said...

Hik.. hik.. arwah MIL gelar "tahi gagak"... tak pernah tanya mak saya. Tak sanggup pula calitkan benda tu ke muka baby, walaupun tak berbau. :)

Nama deme mmg panjang, yang girl start "I" dan "S". Cuma si boy tu je yang terlebih terpanjang, Muhammad Ilham Darwish, panggil Muhammad, kekadang Ilham, paling kerap "Obi" (Obi Wan Kenobi). Harap2 dah sekolah nanti dia tak marahkan saya nape letak nama dia panjang2.

Hat yang tak keluar lagi ni tak tahulah lagi... any suggestion?

la_abwa said...

aiseh bab bagi nama ni saya lemah la bawang, kalau repair nama pandai lah.

yg panjang kita kontotkan jer...bukan susah. Bagi dulu nama panjang pastu kita potong..:)

tak gitu pun nama cantik panggil bawang juga kan.. he he.