Monday, May 4, 2009

Pesakit tak payah solat?

Pemandangan bandar Kuantan diambil dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Setiap hari ada sahaja pesakit keluar masuk hospital, begitu juga di HTAA. Saya sendiri pernah menghuni HTAA selama 10 hari tahun 2006 akibat kemalangan. Semalam saya ke sana lagi kerana menziarahi bapa kawan saya yang masuk wad, kali ini dia masuk agak lama iaitu 4 hari.

Rupanya ramai juga yang kami kenal masuk wad . Rata2 atas sebab yg sama iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, sakit 3 serangkai. Wad 8b sesak dengan pesakit, suasananya agak hingar bingar maklum wad kelas tiga. Dalam kesesakan pesakit dan pelawat yang memenuhi wad, masing2 ada cerita sendiri. Waktu sudah hampir maghrib jadi cerita bertukar ke tajuk solat.


Kata pakcik Zaman, kat situ hanya dia dan 2-3 pesakit sahaja yg pergi solat di surau , yang lain sama macam Ramasami dan Ah chong. Tak kesah. Lalu kawan saya pun bercerita waktu dia masuk hospital tahun lepas. Dia solat walaupun betisnya baru dibedah. Ada pesakit yang melihat dia bersolat atas kerusi dan membuat komen begini " oh... dia tu ustazah ". Terasa lucu kerana masih ada di kalangan umat yang menganggap hanya ustaz/ustazah sembahyang.

Lalu saya pun menyambung cerita, waktu mak saya dimasukkan ke wad kelas satu bulan ramadhan 2007, saya membantu mak ambil wudhu di atas katil menggunakan gayung dan baldi. Pesakit lain yang lebih muda tekun memerhatikan kami. Kemudian mereka tanya, " nak sembahyang ker? . Saya jawap "Ya, solat atas katil sahaja sebab mak tak boleh berdiri." Mereka cuma terlopong tanpa ada rasa 'bersalah' tidak sembahyang. Selama hampir 2 minggu, emak saya tinggal dalam wad 4 orang sebilik dan rakan pesakit yang sama turut berada dalam bilik yg sama. Cuma ad 2-3 orang pesakit yg bertukar/keluar masuk.

Saya perhatikan tiap2 waktu solat mereka tak solat, hanya termenung dan memerhatikan saya membantu mak ambil wudhu di atas katil. Pesakit2 ni bukanlah muda sangat tetapi lebih muda dari emak saya. Mereka masih boleh berjalan ke tandas, tak macam emak saya yg tak boleh berjalan masa itu.Pernah juga saya tumpang solat sebelah katil emak dan saya mengaji. Mereka perhatikan saya dengan penuh minat, macam melihat 'mahluk asing'. Kemudian mereka datang bertanya macam2 hal peribadi, akhirnya terpacul ayat dari mulut mereka "oh.. dah pergi haji rupanya".

Saya, kawan dan pakcik Zaman sama sama ketawa dengan cerita masing2. Rupanya masyarakat kita masih ada yg beraggapan solat itu hanya untuk para ustaz, ustazah , pak imam dan orang yang dah pergi haji. Dan bagi mereka kalau dah sakit, tak payah salat sebab tuhan tahu mereka sakit. Lucu juga umat kita. Nampaknya masih luas ruang untuk kita berdakwah.

No comments: