Friday, May 29, 2009

ding, buzz dan acai pill buat kita perasan


Diam tak diam kita sudah sampai ke penghujung Mei. Begitu pantas masa berlalu, belum sempat bosan menyapa, terasa masih banyak lagi kerja2 yang berlum dapat disempurnakan, masih banyak perancangan yg belum dapat dilaksanakan.

Blog pun tak sempat dikemaskini, bukan kerana masa yg tak cukup tetapi kerana pengurusan masa yang tidak cekap. Tambahan pula buah fikir hampir dah kering dik perkara baru yang mendatang. Terasa semacam nak buat sorotan sebulan sahaja macam buat laporan bulanan.

Sejak awal Mei apa yg saya perhatikan ialah kekerapan saya menerima mesej dalam kotak bual (chat box) yg tersedia secara auto. Saya pun tak perasan bila kotak bual ini mula berfungsi di email yahoo saya. Yang saya perasan,semakin ramai mesej tiba2 masuk dan berbual....saya tak kenal pun.

Satu hari saya terima email dari rakan egroups bertanya apa yg saya nak bualkan, kerana beliau ada terima "DING" dari saya dalam kotak bual. Saya terangkan yg saya tak pernah ding atau buzz sesiapa . Dan di hari yg lain saya sendiri dapat mesej DING dari nickk saya sendiri. Barulah saya tahu, rupanya itu mesej dari system yahoo, mungkin yahoo nak galakkan penggunanya berbual dengan kemudahan yg disediakannya. Emmm... sia-sia jer aku perasan :).

Selama dua minggu kebelakangan ni , jadi satu kerja pulak nak terangkan kepada rakan2 yg alamat email saya ada dalam 'address' yahoo mail mereka, yg saya tak hantar mesej malah saya pun terima mesej yg sama. Mereka tanya kenapa saya 'Ding' dan kadang kadang 'buzz' mereka.Saya perhatikan kotak bual ini rupanya muncul bila kita tak guna Yahoo Messenger (YM) yg biasa. Lalu saya aktifkan semua YM saya untuk elak orang tak dikenali tiba2 berbual sedang kita perlu membereskan kerja.

Lain pulak jadinya, sebaik sahaja saya sign-out YM,mesej masuk dalam HP. Lalu berpuluh2 mesej pula masuk HP sehari. Kali ni mesej acai pill pulak.. lawak2.Dah tu pulak , mesej dari seseorang yg saya kenal, memanglah agak boroi sikit orangnya, saya pun ingat memang dia nak promosi ubat kurus badan tu. Mujur saya baca mesej2 lain, rupanya ada hari tertentu keluar iklan acai pill.. mujur saya tak balas. Kalau tidak yahoo bertambah kaya, celcom bertambah kaya . Saya juga kena bayar RM0.60sen satu mesej ke YM. Macam2 hal dunia... hati2lah.

No comments: