Sunday, May 10, 2009

Hari ibu, masihkan relevan?

Kerana kesibukan hal dunia saya tidak mengambil hirau akan sambutan hari Ibu tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya. Biasanya jika tidak membawa emak makan2 ditempat spesial, sekurang2nya saya menulis/mengulas juga tentang perayaan hari ibu. Sambutan hari ibu memang ada baik dan ada buruknya namum saya rasa tidaklah menjadi masalah sama ada kita nak raikan atau pun tidak.

Emak saya pula sentiasa sporting, ada sambutan pun dia ok tak ada sambutan pun dia ok. Sebenarnya dia tak tahu pun nak kita tarikh hijrah atau masihi, dia asyik tanya hari ni hari apa? berapa bulan lagi bulan puasa .. itu sahaja yang jadi kepentingan dia dalam meniti usia tuanya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa...(al-Isra’: 23).Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka dengan baik. Suruhan dalam ayat di bawah adalah secara umum kepada semua anak yang dilahirkan oleh ibu. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya.



Dapat menikmati hidup yang tenang di akhir hayat adalah impian setiap insan. Tidak ada insan yang mengimpikan hidup berliku2, serabut sana sini, cempera tak tentu haluan bila tiba masa tua. Umur tua itu adalah umur bonus. Umur bagi kita mengenang kembali masa2 yang lalu yang penuh dengan kerja berat,usaha untuk mencapai impian atau sekadar gigih mencari sesuap nasi untuk anak2 dan keluarga. Oleh itu sebagai anak, tanggungjawap kita adalah memastitan kebajikan ibu kita di hari tuanya.Jangan kita bebankan ibubapa kita dengan berbagai kerenah kita pula.

Baru2 ini jiran saya bertandang ke rumah selepas habis kelas pengajian kami. Dalam keceriaan melihat hasil penat lelahnya mendidik anak2 sehingga mereka berjaya dan mampu menjadi anak yg baik dan taat kepadanya, dia sempat terasa dunia ini berjalan perlahan walaupun kalender cepat bertukar tarikh.Katanya kadang2 jemu melihat dunia yang itu itu juga. Rasa nak tergelak pun ada,"kalau tak dunia yang ini nak dunia yang mana lagi?", soal saya yang berakhir dengan gelak tawa kami. Memang lucu tapi ada kebenarannya. Melihat orang sekeliling satu persatu meninggalkan dunia , maka kita tentunya cemas bila memikirkan akan tibanya kita pula menjadi orang yg diusung.

Seperti lirik lagu Syarifah Aini:-
Bila izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
seluruh tubuh akan menggigil
terbujur badan kan kedinginan

emm... tapi dia pun agaknya nyanyi sahaja, tak terfikir bila kita terbujur nanti masa tulah kita tutup aurat cukup cantik!Allahukalam.Fikir2kan.



No comments: