Wednesday, February 4, 2009

Kisah Rumah bertangga,ada-ada saja


Sebenarnya malas nak menulis tajuk ni.
Dah malas buat apa tulis.?
emm sebab malaslah tulis ni.
Ni haper punya modal lah, malas tulis tapi tulis.
Macam tu lah halnya dengan kisah rumah tangga, ada ada sahaja. Dah muak baca, dengar tapi tetap ada ada sahaja. Seolah-olah umat manusia ni semua pekak badak masa bercinta, bila dah beranak pinak baru dapat pendengaran kut.

Minggu lepas adalah minggu ziarah bagi saya. Sempat juga saya berziarah beberapa keluarga dalam kegawatan masa yang semakin berharga. Sekadar mengambil kesempatan masa sehat sebelum datang waktu sakit. Masa sehat kita kena curi2 masa untuk melawat mereka yang kurang sehat, supaya nantinya tidaklah kita menyesal atau ralat bila mereka pergi menyahut panggilan ilahi atau kita yang lebih dahulu menerima jemputan.

Apahal pulak tunjuk gambar rambut tu?


Itulah nak cerita pasal petua. Dalam kunjungan saya kerumah adik emak saya, Makcik saya tu beri petua kalau nak rambut hitam macam mak saya tu. Katanya lepas kita basuh tangan (lepas makan) jgn lap pada tisu atau kain sebaliknya sapukan pada rambut. Tapi mak saya tak pula amal macam tu.. memang rambut dia hitam walau pun umur dah lebih 80 tahun. Dulu masa dia muda2 setahu saya dia suka perap santan kelapa kat rambut.Bau satu rumah.. bila ada cucu dia tak buat lagis sebab cucu2 perli, bau rambut tok tak harum masa perap santan tu.

Kisah r/tangga pula , apa nak hairan. Manusia ni kalau tak mahu ikut aturan agama macam2 masalah lah. Tak perlu cerita, bak kata pak pandir, ada mata tengok ada telinga dengar. Komen lah sikit2, bagilah ulasan sikit2 masa dengar tu. Lepas tu, just forget it! Pandai2 lah korang nak selesaikan. Cuma yg saya ambil iktibar ialah tentang hukum karma. Apa yg kita buat, akan kita 'nikmati' balasannya sama ada di dunia atau di akhirat. Bagi yg peka, mereka akan bersyukur. Bagi yg pekak akan tersungkur. Sendiri pilih, sendiri mahu ingatlah.


2 comments:

Bawang Goreng said...

Salam,

Baru nak tanya, apa kaitan gambor tu dgn kisah rumah tangga IYB? Loh... lain kisah rupanya... :)

Saya ada jugak buat petua santan tu, tapi saya guna santan kotak. Bibik gelak aje bila saya sapu santan kotak tu.. dia kata tak valid!

Patutlah rambut saya makin banyak yang putih...

Ummu Waheedah said...

kah,
mujurlah rumah bawang tak ada tikus kalau tak kenduri lah depa.

uban ni bergantung kpd genetik dan 'sakit' atau fikiran kita juga. Ada org stress pun boleh tumbuh uban cpt.

masa saya pergi terapi guna mesin bios9000, ada orang yg dah beruban 3 tahun tiba2 ubannya jadi hitam, marah dia.. sebab dia dah 60 tahun mmg nampak smart ada uban.. macam2.