Friday, January 23, 2009

Kuantan, sesejuk Pantai Sepat


Angin dari Laut China Selatan selepas banjir pada 4 Januari lalu membawa tiupan kencang dan sejuk ke Bandar Kuantan khususnya. Kadang2 anginnya agak deras sehingga berjaya menjatuhkan botol-botol kecil. Pasu hiasan di rumah jatuh berderai-derai. Mengikut firasat orang-orang tua, kalau jatuh dan pecah barang kaca, petanda ada malang yang akan menimpa keluarga. Aaah itu lah ramalan yang hampir membawa syirik jika kita percaya padanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ عَدْوَى وَلاَ صَفَرَ وَلاَ هَامَةَ.

Tiada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tiada (keburukan ataupun kesialan pada bulan) Safar dan tiada (kecelakaan yang bersangkutan dengan) burung hantu. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Hadis ini menjadi hadis hafalan waktu saya di tingkatan empat, kalau tak silap.Tapi panjang sikit, ada perkataan wa la tiarata.. (tiada kesialan burung2)

Sebenarnya sudah acapkali barang2 kaca jatuh dan pecah di rumah ini, tapi tak ada siapa yg kemalangan dan meninggal selepas berlaku petanda tersebut. Namun kadangkala disebabkan petanda dan petunjuk yang adakalanya terjadi secara kebetulan maka hati kita ada juga terdetik ingin mengiyakan 'ramalan nujum tak bernama'. Satu lagi petanda malang ialah siulan sayu burung hantu. Kadang2 ia sangat mengganggu, apalagi kalau burung hantu bersiul sayu betul2 depan pintu rumah. Mulalah hati jadi gelabah, tak tentu arah. Siapa pula ahli keluarga yg akan meninggal, detik hati yang cemas.

Kadang2 kami adik beradik sering juga merasa lucu dan berbual tentang petanda kematian atau kemalangan ini. Sejak dua tahun yang lalu sering juga kami mendengar siulan burung hantu tapi setakat ini tiada ahli keluarga terdekat yang meninggal. Malah ketika saya kemalangan dua tahun lepas, tak ada apa2 petanda sama ada gelas pecah atau siulan burung. Nampaknya Allah masih memberikan kami peluang untuk membaiki ibadah dan peluang mengumpul pahala buat bekal di akhirat

Oh ya apa cerita Kuantan dan pantai sepat tu? Beriya tajuknya.

Sebenarnya tak ada apa2 yg menarik sangat di Kuantan ini , cuma semalam saya ke pusat Bandar kerana ada urusan. Saya keluar rumah sekitar jam 3.30 petang, kununnya nak lepaskan orang solat Jumaat dan kurang sesak. Rupanya tanggapan saya salah.Jalan Gambang mulai dari Jambatan sungai Kuantan, sesak dengan kenderaan dengan nombor plate kereta bukan "C". Maknanya kereta dari luar Kuantan mula membanjiri kota pelancongan ini. Saya terpaksa mengambil jalan2 dalam, kona sana kona sini untuk pantas ke Bank. Bimbang bank pulak tutup.

Hajat untuk pergi ke beberapa destinasi terpaksa dibatalkan memandangkan jalan yang sesak , takut nanti tak sempat balik sebelum maghrib. Lagi pun kesesakan begini mengingatkan saya kepada Kuala Lumpur yang telah saya tinggalkan dan saya merasa serik setiap kali terpaksa menyusuri jalan-jalan yang sesak di sana. Betapa seringnya saya merasa bosan berada berjam-jam dalam kereta menekan minyak dan clutch sambil bertukar2 channel mendengar radio IKIM atau kaset ceramah. Cukup bosan dengan keadaan itu,sudah bosan bersabar dengan kesesakan jalanraya....

Kini Kuantan pula sudah dijangkiti kesesakan di waktu cuti kelepasan am. Mungkin kerana lebuhraya yang sudah menjimatkan masa selama sejam membuatkan Kuantan terpilih sebagai destinasi pelancongan yg paling cepat sampai dari Kuala Lumpur. Kini memandu dengan kelajuan 100-120 km/j dari Kuala Lumpur hanya perlukan 3jam untuk sampaikan ke Kuantan. Entah apalah yang hendak dilihat di Kuantan selain dari pantai-pantainya yang masih belum membangun.. mungkin itulah yang menggamit pelancong ke sini.

Begitulah Kuantan yang saya pilih sebagai destinasi penginapan tetap sejak tahun 2000.Dulunya saya terpikat dengan kedamaiannya, tidak sesak seperti Kuala lumpur yang saya huni sejak sekolah menengah. Kuantan adalah suatu destinasi pelancongan yang santai.. Pertama kali saya memijak kaki ke pantai-pantainya terasa damai dan tenang. Belum ada pembangunan yg mencemar keindahan pantai terutama Ppantai Sepat. Airnya selalu jernih kecuali pada musim tengkujuh.

Untuk menikmati udara dan suasan pantai, saya tak perlu ke pantai. Angin dari Laut China selatan tetap menghembus ke dalam rumah sesejuk Pantai Sepat, alhamdulillah.

No comments: