Wednesday, January 21, 2009

Memerdekakan (ekonomi) seorang hamba....??

Rata rata sekarang ni orang bercakap tentang Palestine.Kalau tak pun orang akan bercakap pasal Barack Obama yg baru dilantik jadi president Amerika ke-44. Di media perdana dan TV tak banyak ulas pasal kemenangan PAS di K.Terengganu, biasalah kalau parti lawan yg menang parti pemerintah terkedu.Malu tak malu,tapi hemoi lah juga.

Boikotlah barang-barang ini selamanya
Sehubungan dengan isu palestin , orang bercakap pasal boikot memboikot. Isu hudud dah mula tenggelam. Soal furuq reda sekejab. Seolah-olah isu Palestin menautkan semula ummat yg berbalah soal2 cabang. Hakikatnya dalam isu palestin pun ummat masih berbalah. Ada yg setuju boikot ada yang tak berani. Ada yg kata boikot tak menjejaskan Amerika kerana Malaysia bukan pengimpot terbesar, tak sampai 1% pun dari ekonomi Amerika.


Tak berani nak boikot lebih2, apa nak jadi dengan nasib rakyat (khusunya umat Islam)) yg makan gaji atau periuk nasi mereka bergantung kpd produk yg berasal dari Amerika . Mereka kerja dengan Mac-D, KFC, kilang J&J, kilang Nestle dan berbagai lagi. Siapa nak beri mereka makan kalau mereka diberhentikan kerana syarikat tak ada pelanggan . Begitulah keluh sebahgian umat yg memakai sifir congak umat yang selesa menjadi hamba kpd si kafir. Kununnya bila ummat kita menganggur, gejala so-sial akan berleluasa. Itulah sifir manusia.

Kalau zaman dahulu, orang islam berusaha memerdekakan hamba sebagai suatu tanggung jawap ummat.Dan memerdekakan seorang hamba juga merupakan hukuman atau denda yg utama dikenakan kepada seorang suami yg menzihar isterinya/ Firman Allah s.w.t dalam surah al-mujadallah ayat 3 -4 mafhumnya :"Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Boikot KFC majukan RFC






Kini, nampaknya pilihan utama (memerdekakan seorang hamba) seolah2 sudah tidak dapat dilaksanakan kerana sekarang ini sudah tidak ada hamba lagi dikalangan umat manusia khususnya orang Islam yg kununnya zaman sudah maju. Sekali imbas seolah2 ayat al-qur'an dan firman Allah s.wt ini sudah obselete/lapuk kerana masih menyebut tentang hamba atau sistem perhambaan.Tidakkah kita terfikir bahawa,ramai umat Islam kini
sebenarnya hamba kepada sistem kapitalis dan hamba kepada orang kafir yg menguasai ekonomi?

Sekadar terfikir.. bukan membuat fatwa.Apa kata orang lain?
Hentikan Nescafe, raikan rakan dengan kopi radix mai secawan...





2 comments:

Unknown said...

Puan,
Di sebalik pemboikotan, menyerlahkan tuntutan untuk membetulkan sikap dan pandangan muslimin sebagai pengguna terhadap barangan tempatan.

Ia juga mewajarkan difahami bagaimanakah geografi dan cuaca di sesetengah negara muslim yang sesuai untuk menjadi ‘gudang’ bekalan/ simpanan/edaran/ makanan tidak wujud (setelah begitu lama menikmati persefahaman/perjanjian dagangan) dalam mendepani krisis tenaga/sumber juga keewangan?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Saya menyokong sepenuhnya artikel tentang pemboikotan secara 'istiqamah' oleh puan. Bukankah kita percaya rezeki dijamin oleh ALLAH? Bukankah ALLAH akan menolong hambanya yang menolong agamanya? Sabda Nabi, selemah lemah iman ialah membenci kemungkaran di dalam hati. Tidakkah kita benci kemungkaran yang dilakukan oleh israel? Kalau benci, tentu boikot. Inilah masanya untuk mereka yang selalu memperkatakan tentang ekonomi melayu/islam untuk membuktikan yang dimulut sama dengan yang dihati, dengan membeli produk muslim.

ALLAHUAKBAR!!!!!!!

azlan, seremban.