Saturday, February 7, 2009

Perlukan wanita ke Perhimpunan?



Wanita tempatnya di rumah, tak ada sebab nak berhimpun. Biar lelaki sahaja yg ber'juang'. Saya betul -betul tak setuju wanita dijadikan perisai.Cukuplah tragedi memali jadi tauladan ,sejarah aisyah di medan perang menentang saidina Ali patut dikaji semula. Jangan buat perkara yg dilarang sekali pun untuk tegakkan agama Allah s.w.t

Assobrun jamil. Jihad perlukan kesabaran.
Saidina Ali r.a menarik semula pedangnya ketika diludah musuh, kerana dia tahu jika dibunuhnya musuh ketika itu, bunuh itu adalah kerana marah bukan kerana Allah. Ambil iktibar wahai ummat.


Melihat paparan youtube perhimpunan di Masjid ubudiah , Kuala kangsa memang kita naik semangan nak berjuang. Bila lihat ada muslimat yg cuba jadi perisai, saya terus tak setuju, sensitif. Ini bukan cara dan tempatnya nak tunjuk jaguh. Kita bukannya nak melawan orang kafir,sepatutnya berhimpunlah secara aman tak payah serbu istana. Kalau kena sepak terajang, tak apa lagi , kalau kena gomoi macam mana?.

2 comments:

thanaif said...

Wajar juga dilihat di manakah Dewan Perwakilan yang sedia membawa anak-anak kecil ke Senate untuk menjadi penebus dosa-dosa yang dilindungi secara tradisi.

Apa yang berlaku di Perak menyerlahkan wanita semakin memahami dan sedar kepentingan siasah bukan terikut-ikut dengan agenda semasa politik dunia.
Wanita semakin tahu menilai sudut positif mana yang mahu diikuti dan sudut negetif mana yang mahu dihindari sementelahan semakin ketara jumlah bilangan wanita dari lelaki, moralnya perkauman sempit melayu bersekutu (yang turut dianuti oleh ras yang lain) memncemarkan sumber kekuatan negara apabila dakyah dan fitnah mendapat restu dan liputan media yang mengabaikan pokok permasalahan yakni tekanan-tekanan terhadap ekonomi dinatijahkan oleh penyalah-gunaan kuasa apabila beramanah dikhianati apabila bersumpah dimungkiri apabila dikuat-kuasakan perundangan memerlukan dibatas sempadankan oleh keturunan.
Individu di dalam masyarakat jua terdiri dari wanita soalnya kemabukan apa yang menjadikan kita semakin keliru?
Wang? Peminggiran agama? Kuasa?
Komunikasi tercemar apabila tiada etika yang membolehkan saling menghormati dan menghargai ke atas apa jua perhubungan walaupun berbea pendirian.
'Wanita yang baik tidak memandang rendah sesama mereka.'

Persoalan yang mohon dikongsikan, dengan ketrampilan penjagaan akhlak menerusi pakaian dari sudut yang manakah wajar diperlakukan tanpa penyantunan bahasa dan budi oleh peluhuran mulia insan untuk dilihat sebagai sikap yag bermoral?

Ummu Waheedah said...

Sukar saya memahami apa yg puan cuba utarakan. saya tak nafikan wanita semakin mengerti peran yang patut mereka mainkan demi sebuah kerajaan yg lebih bermaruah.

Tetapi saya mempunyai pandangan sendiri (tentu bukan fatwa) mengenai batas2 peranan itu. Adanya kemudaham media harus digunakan seoptima yang mungkin bagi wanita Islam untuk memahami pergolakan dunia.

Lantas bila diperlukan wanita perlu tampil untuk menggalas t/jawap memastikan kemenang berpihak kpd Islam. Di sinilah perlunya undi wanita atau dengan kata lain hak wanita sebagai pengundi perlu dipertahankan.

Berbeza dgn situasi yg berlaku di KK seperti yg saya coretkan. Dalam hal ini jika wanita ingin menunjukkan (perlukah ditunjukkan) keperihatinan, mereka boleh berkumpul sesama mereka diruang lain yg lebih terjaga kehormatan mereka.

Apa yg berlaku (setakat yg dipaparkan oleh video tersebut), kelihatan 2 orang wanita memeperisaikan diri mereka dan akhirnya dirempuh oleh FRU yg bertugas.Perkara ini adalah perlakuan 'sengaja' dan bagi saya sengaja mengundang padah.

Kita sedia maklum di zaman Rasulullah ramai wanita yg turun padang semasa peperangan.Mereka ada kalanya turut berperang adakalanya hanya membantu mangsa perang. Saidatina safiyah (ibu saudara Nabi s.a.w) berjaya menumbangkan bbrp orang yahudi dlm satu peperangan.

apa yg berlaku di KK bukannya perang, ianya hanya kekecohan politik. oleh yg demikian saya melihat perisai wanita tak diperlukan di sana .Allahuaklam.