Monday, February 16, 2009

Batik dan Teluk Cempedak


Pagi hari Sabtu yang lalu saya sempat membawa emak saya mengambil udara segar di pantai Teluk Cempedak (TC). Sudah hampir setahun emak saya tidak mengunjungi pusat peranginan ini kerana tempat letak kereta yang agak jauh dari pantai sedangkan emak saya masih belum begitu pulih kakinya untuk berjalan jauh. Untuk menggunakan tongkat tentunya dia rasa tak selesa tak 'bergaya' :)

Minggu lepas cuaca sangat baik.Pengunjung juga tidak ramai kerana bukan musim cuti sekolah, ramai murid-murid bersekolah hari Sabtu untuk 'cover' cuti tahun baru cina yang lalu.Teluk Cempedak merupakan destinasi pelancongan yang popular di Kuantan. Selain pemandangan yang menarik, kawasan ini kurang dikunjungi oleh membikin maksiat. Biasanya pada siang hari, pantai ini lebih dikunjungi oleh pengunjung berkeluarga. Yang menariknya kini kawasan pantai Teluk Cempedak telah dinaiktaraf. Tempat letak kereta telah diratakan menjadi tempat pejalan kaki dan peniaga. Semakin banyak aktiviti dan jualan yang boleh diraikan oleh pengunjung antaranya ialah melukis batik.


Aktiviti melukis batik ini di kendalikan oleh syarikat Batik yang sudah bertapak lama di Kuantan iaitu Ghazali Art Galery yang berpusat di Balok. Mereka menyediakan kain-kain putih yang telah diterap dengan lilin dan bercorak. Kain-kain ada bebrapa saiz seperti 8x8in, 16x16in dan satu lagi yang agak besar. Setiap saiz harganya berbeza RM5,RM10 dan RM15. Pengunjung yang berminat boleh mewarnakan kain tersebut mengikut kreativiti masing2. Warna dan berus sudah disediakan. Bila sudah diwarnakan, bayaran mengikut saiz perlu dibayar dan kain tersebut akan dikeringkan (guna hair dryer) dan boleh dibawa pulang. Terpulanglah kepada pengunjung sama ada mahu membingkaikan atau sekadar mahu dibawa pulang sebagai cenderahati.

Saya ada bertanya lanjut kepada petugas mewarna batik ini, sama ada saya boleh menempah lukisan yang bersaiz 16x16in dengan rekaan yang saya kehendaki dan saya warnakan sendiri. Kemudian saya mahu matikan warna seperti batik biasa untuk saya buat sarung kusyen. Rupanya banyak songeh lagi proses pembikinan batik. Kata petugas tu, untuk mencairkan lilin ,kain hendaklah direbus dengan satu bahan kimia dan bahan ini yang tak dijual secara runcit. Maknanya masih ada 'tread secret' yang perlu ditembusi oleh peminat batik, bukan semudah itu nak buat apa yg kita minat.

Ramai juga pengunjung dari UIA Kuantan hadir. Mereka ada aktiviti kuliah. Macam2 perangai muda mudi kita dapat lihat. Kebanyakkannya perangai 'lok-lak'. Bahasa yg di gunakan pun lok-lak ala ala rockers. Saya pun pulang dahulu dengan membawa oleh2 batik dari TC Sambil tu saya teringat zaman kanak dulu,kami ada juga buat chop batik dari pelepah pisang. Potong pelepah pisang celup dalam pewarna debu lepas tu cap pada kertas lukisan. Itupun batik cap juga sebenarnya.....batik pisang.

No comments: