Saturday, August 14, 2004

Tudung dan gelek, oh aku terkedu

Assalamu'alaikum,

Petang tadi saya dan kawan ke Kuantan Parade (KP). Bawa Daniel si anak yatim yang comel tu ... tujuan hanya satu sahaja, nak beli bahulu kismis yang kakak saya suka, nak bawa balik KL esok. Sampai di KP rupanya ada Karnival Merdeka... ada pentas, orang ramai dan pameran kereta dan barang2 lain. Tak kesahlah tu , pergi ke gerai bahulu, beli dan bayar. Nak balik terpaksa tempuh pentas tu lagi.. tadi ada sorang lelaki nyanyi. Tak kenal pun. Pelaris jualan kereta ,macam biasa, wanita mengancam. Pakai baju macam bikini.

Then masa nak balik, pengacara kenalkan sorang perempuan bertudung, seluar jeans dan baju agak sopan. Saya mati-mati ingat perempuan tu nak bersyarah ker atau nak bagi taklimat sebab tak dengar sangat pengumuman. Memandangkan pakaian yang sopan saya pun berhenti sekejab nak tengok apa yang nak dikatakan. Beliau mulakan dengan memberi salam penuh takzim dan diam sebentar. Kita pun tunggu ler.. tak berapa minit bunyilah musik dan dia pun start goyang sikit pastu nyanyi lah.. wah terkejut kera saya.

Memang sebelum ni saya biasa menghadiri majlis rasmi, pernah tengok kumpulan nasyid Soleha on the stage, tapi tak terkedu macam ini sebab dah tahu itu kump. nasyid. Cepat saya ajak kawan saya balik, kawan kata 'kenapa nak balik cepat' (perli)? Saya kata memang saya tak lalu nak tengok atau nak menyumbang meriahkan tempat tu... Kawan saya kata ' tu biasalah... macam awak tengok kat TV, sure heboh dll. Saya kata, saya rasa macam kat planet lain... dah bertudung elok labuh bila gelek macam tu meremang reroma saya. Saya rasa benci!

Usah kata saya ,anak sedara saya yang lelaki pun tak suka.. kalau tengoh TV ada wanita bertudung nyanyi atau gelek sure mereka kata' baik buka tudung, memalukan saja ' . Itu yang selalu mereka komen adik beradik. Itu komen lelaki biasa , bukan komen Pak Lebai. Maknanya secara umum masyarakat tak suka perempuan bertudung bergelek dan menyanyi, agaknya dah kena pengaruh Waheeda Wasini agaknya atau pengaruh Binda. Mungkin tak lama lagi GRO pun pakai tudung... nauzubillah. Inilah akhir zaman namanya..

Cerita lain yang tak kurang menyengat minda saya ialah bila semakin ramai para isteri lari tinggalkan anak & suami ikut kekasih kununnya. Dan kena juga kepada seorang kerabat saya.... masyaAllah. Semalam seorang balu telah lari dari rumah keluarga, waktu malam hari ikut BF juga, apa nak jadi? Ya Allah selamatkanlah iman kami..amin. la_abwa.

No comments: