Cahaya Rejab: Quraisy gagal pujuk raja Habsyah usir Rasulullah
Oleh Mohd Yusof Sulaiman
BANYAK peristiwa bersejarah berlaku dalam Rejab. Bagaimanapun, ramai
umat Islam tidak mengetahuinya disebabkan kisah itu jarang
diketengahkan.
Peristiwa ini merujuk kepada tarikh peperangan sama ada membabitkan
kalah atau menang tentera Islam, kisah sahabat dan tabein serta
pelbagai kejadian besar yang membabitkan Rasulullah saw.
Dalam banyak peristiwa itu, umat Islam lazim mengaitkannya hanya
dengan peristiwa Israk dan Mikraj yang diriwayatkan berlaku pada 27
Rejab.
Namun, dalam hal ini, umat Islam turut dituntut agar mengetahui
beberapa peristiwa lain yang berlaku sepanjang bulan ini sebagai
renungan mengenai perjuangan atau mujahadah umat Islam zaman silam.
Diharapkan dengan mengingati kisah ini, ia akan membangkitkan rasa
syukur kita kepada mereka yang bertungkus lumus mengembang ajaran
Islam.
Antara peristiwa itu ialah adalah hijrah Rasulullah dan beberapa
sahabat ke Habsyah (Ethiopia).
Peristiwa itu cukup penting kerana ia adalah titik tolak ke arah
penyebaran dakwah Islam secara terang-terangan, bukan lagi sirran
atau secara sulit.
Dari satu sudut lain, ia menyimpan pelbagai pengajaran dan strategi
Rasulullah kepada sahabat ketika berdepan dengan sesuatu bencana.
Penghijrahan Rasulullah ke Habsyah bermula selepas turun wahyu pada
tahun kelima sejak Baginda menjadi rasul.
Ketika itu, Habsyah terkenal kerana mempunyai raja yang adil. Tidak
hairanlah dalam beberapa riwayat ada menyatakan bahawa Rasulullah
menggelarkan negeri itu sebagai bumi kebenaran.
Rombongan hijrah diketuai Saidina Uthman Ibn Affan. Selain itu, ia
disertai isterinya Ruqayyah dan Abu Huzaifah serta isterinya, al-
Zubair al-Awwam; Musab bin Umair dan Abdul Rahman Ibn Auf. Jumlah
rombongan dianggarkan 80 orang.
Penghijrahan ke Habsyah itu tercetus sebaik Rasulullah menyedari
beberapa halangan, seksaan dan pelbagai rintangan kafir Quraisy
kepada sahabat.
Bilal bin Rabbah umpamanya diseksa dengan kejam termasuk diheret di
atas pasir pada waktu panas terikh.
Namun dengan kekuatan imannya, beliau tetap menolak pelawaan Quraisy
dan berdiri teguh bersama Islam.
Berikutan kegawatan yang menimpa umat Islam, Rasulullah meminta umat
Islam yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah disebabkan
rajanya, Najashi adalah seorang yang tidak kejam.
Sebaik tiba rombongan terbabit di Habsyah, mereka disambut oleh
Najashi. Bagaimanapun, rahib dan orang yang berkepentingan di
sekelilingnya berasa kurang senang dengan kehadiran rombongan umat
Islam.
Bagi orang Quraisy, mereka melihat usaha itu adalah untuk mencari
tempat mengembangkan ajaran Islam. Justeru, mereka begitu marah dan
kurang senang dengan tindakan itu.
Oleh itu, sebaik mereka mendapat berita orang Islam berpindah dari
Makkah, mereka terus menghantar utusan terdiri daripada Abdullah Abi
Rabiah dan Amru bin al-Ash.
Tujuannya adalah menjejaki rombongan terbabit. Tetapi rombongan
hijrah itu sudah jauh meninggalkan Makkah.
Utusan Quraisy membawa cenderamata yang banyak untuk dipersembahkan
kepada maharaja, pengiring dan ahli agamanya dengan harapan Najashi
akan menghalau semua orang Islam dari Habsyah dan menyerah mereka
kembali kepada puak Quraisy.
Sebelum bertemu Najashi, utusan Quraisy memberi rasuah kepada pegawai
istana Najashi. Mereka juga menerangkan bahawa seorang pemuda bernama
Muhammad mencipta agama baru yang mengancam agama nenek moyang mereka
dan membahayakan orang Habsyah.
Apabila dapat mempengaruhi rahib dan pegawai istana, mereka bertemu
Najashi dengan membawa hadiah. Mereka menjelaskan bahawa mereka
dihantar oleh penguasa Makkah untuk melindungi kepulangan orang yang
datang ke Habsyah.
Permintaan ini walaupun disokong oleh pegawai istana dan rahib, namun
Najashi menyatakan, beliau tidak dapat berbuat apa-apa tanpa
mendengar daripada kedua-dua pihak.
Selepas diminta oleh Najashi, maka Ja'afar bin Abi Talib pun bangun
lalu berkata : `Ke hadapan maharaja. Sebenarnya kami ini, pada masa
dulu (jahiliah) menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan
kejahatan, berperang, berkelahi, yang kuat menganiaya yang lemah
hingga Allah mengutuskan seorang rasul daripada kalangan kami.
"Beliau memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan
utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, mengamalkan
sifat terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah.
"Menyeru kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan
penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meninggalkan
kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta segala sesuatu yang
terkeji.
"Seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami
percaya sepenuhnya.
"Tetapi kaum kami termasuk dua utusan ini menyeksa dan menekan kami.
Mereka mahu kami berbalik semula kepada agama yang lama iaitu
menyembah berhala.
"Selepas kami berasa sesak dan benar-benar dalam penyeksaan yang
tidak dapat menanggungnya, maka kami keluar dan ke negara tuanlah
yang kami pilih.
"Semoga dapat kami berlindung di sini jauh daripada penyeksaan dan
kezaliman."
Tidak cukup dengan penjelasan itu, Najashi meminta orang Islam supaya
membentangkan lagi apa yang dibawa utusan Allah itu daripada
Tuhannya.
Ja'afar sekali lagi bangun dan lalu membaca ayat dari surah Maryam.
Selepas Najashi mendengarnya, beliau menangis hingga air mata
mengalir membasahi pipi serta janggutnya.
Beliau kemudian berkata: "Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan
apa yang dibawa oleh Isa adalah daripada sumber yang sama."
Kemudian, beliau berpaling kepada utusan Quraisy tadi dan
berkata : "Beredarlah kamu dari sini dan aku tidak akan menyerahkan
mereka ini."
Utusan Quraisy walaupun disuruh beredar, namun mereka mahu mencuba
lagi untuk menghasut Najashi dengan menegaskan yang orang Islam yang
datang ke situ adalah kalangan yang mengecam Isa dan Maryam.
Dengan tuduhan itu, sekali lagi Najashi menyoal orang Islam mengenai
Isa dan Maryam.
Persoalan itu, dijawab oleh Ja'afar bahawa Isa dan Maryam pada
pandangan mereka seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad iaitu Isa
adalah seorang hamba Allah selepas dimasukkan roh dan kalimatnya ke
dalam jiwa Maryam dara yang suci.
Jawapan itu memperlihatkan persetujuan dan kepuasan Najashi. Lantas,
Najashi segera memulangkan kembali semua hadiah yang dipersembahkan
kepadanya.
Beliau kian mesra dengan orang Islam yang berada di Habsyah dan
berazam untuk melindungi mereka.
Berikutan itu, utusan Quraisy gagal untuk meneruskan agenda mereka
terhadap orang Islam.
Selepas beberapa lama mereka tinggal di Habsyah dalam lindungan
Najashi hingga sampai berita mengenai penduduk Makkah memeluk Islam.
Berita itu mendorong orang Islam yang berada di Habsyah ingin segera
pulang ke Makkah. Tetapi, berita dan sangkaan mereka adalah meleset.
Rupa-rupanya, ia adalah khabar angin yang disebarkan orang kafir
Quraisy supaya orang Islam pulang ke Makkah.
Oleh itu, mereka terpaksa memasuki Makkah secara sulit dan
sesetengahnya terpaksa memohon perlindungan daripada pembesar Quraisy.
Begitulah pengorbanan yang hebat dan suci dilakukan oleh umat Islam
ketika itu demi tersebarnya Islam di atas bumi ini.
Justeru, sempena kedatangan Rejab ini, marilah kita sama-sama
mengambil iktibar di sebalik peristiwa itu untuk merancang
Saturday, August 21, 2004
Sejarah dlm bulan rejab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment