KUNJUNG mengunjung sangat dituntut oleh Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, tidak kira semasa musim perayaan atau sebaliknya. Hubungan yang sudah terjalin tentunya lebih mengeratkan persahabatan atau kekeluargaan dengan layanan sewajarnya.
Dalam hal ini, Islam menggariskan beberapa panduan perlu diikuti iaitu antaranya ialah:
Ketibaan tetamu disambut dengan senyuman, bersalaman serta menjemputnya duduk di tempat selesa.
Bertanya khabar serta berbual-bual dengan tetamu tentang perkara yang menyenangkan. Layanlah tetamu bercakap mengikut bidang dan taraf fikiran mereka. Elakkan daripada menyentuh perkara yang tidak menyukakannya.
Menyegerakan hidangan makanan dan minuman. Sekiranya kita menjemput,beberapa orang dalam satu undangan, kalau ada yang belum tiba tetapi waktu yang dijanjikan sudah berlalu, hendaklah menghidangkan untuk yang hadir dulu.
Hidangkan makanan paling enak yang mampu disediakan atau setakat dengan niat untuk membanggakan.Janganlah angkat hidangan sehingga selesai tetamu makan.
Tidak membezakan layanan terhadap tetamu mengikut peraturan pangkat.Begitu juga layanan baik bagi tetamu yang bukan Islam. Bahkan patut diberi perhatian dan keistimewaan dengan layanan baik dan memberi hadiah.
Apabila tetamu hendak balik, iringilah mereka keluar hingga ke pintu rumah atau kenderaan mereka. Serta iringi kepulangan mereka dengan doa dan ucapan yang baik.
Di samping itu, cara-cara bertamu pula perlu diikuti dengan cara sedemikian. Antaranya ialah:
Memberi salam sebelum masuk ke rumah, bertanya khabar dan duduk di mana ada tempat kosong atau di tempat yang disediakan tuan rumah.Seelok-eloknya bawalah buah tangan agar tidak menyusahkan tuan rumah serta untuk menggembirakannya.
Jangan bertamu terlalu lama hingga menyusahkan tuan rumah atau terlalu sekejap sehingga tuan rumah tergesa-gesa hendak menghidang.
Hendaklah mengawal pandangan mata, tidak meninjau ke sana ke mari.Sikap ini mungkin tidak digemari tuan rumah. Elakkan duduk menghadap pintu bilik tidur tuan rumah atau ahli keluarganya.
Tidak menunjukkan sikap ternanti-nanti hidangan seperti sering menoleh ke arah dapur kerana ini menandakan kita seorang perakus.
Menghiburkan hati tuan rumah dengan kata-kata penghargaan dan terima kasih. Lebih elok kita mengajak pula tuan rumah untuk menziarahi kita nanti.
Saturday, May 1, 2004
Meraikan tetamu sebahagian akhlak Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment