Friday, October 10, 2003

Hijab (4/5)

Sambungan dari bahagian yang lalu:-

Keburukan tabarruj (berhias diri)


*Tabarruj adalah jalan hidup Yahudi.
Orang-orang Yahudi mempunyai peranan yang sangat besar dalam menghancurkan umat
ini melalui wanita dan kaum wanita sejak dulu memiliki pengalaman di bidang ini
, di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :”Takutlah pada dunia dan
takutlah pada wanita keran fitnah pertama pada bani Israel adalah pada wanita”.

*Tabarruj adalah jahiliyah busuk.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan
janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah. “
(Surah al-ahzab :33)

Rasulullah s.a.w telah menyifati ajakan jahiliayah sebagai ajakan busuk dan
kotor. Jadi ajakan jahiliyah adalah saudara kandung Tabarruj Jahiliyah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :”Semua yang merupakan perkara
jahiliyah tersimpan di bawah telapak kakiku”.. baik ianya bernama tabarruj
jahiliyah , ajakan Jahiliyah atau kesombongan Jahiliyah.

*Tabarruj adalah keterbelakangan.
Buka-bukaan dan telanjang adalah fitrah haiwan ternak , tidak seorang pun yang
terdorong kepadanya kecuali dia akan terperosok jatuh ke darjat yang paling
rendah daripada darjat manusia yang dimuliakan Allah s.w.t. Dari sini nampaklah
tabarruj adalah tanda kerosakan fitrah , ketiadaan ghirah dan mati rasa:

Engkau mengangkat baju hingga lutut
Demi Tuhanmu, sungai apa yang akan engkau seberangi

Baju itu bagaikan naungan di waktu pagi

Yang semakin pendek, waktu demi waktu

Engkau mengira bahwa laki-laki itu tidak memiliki perasaan

Padahal engkau sendiri yang mungkin tidak punya perasaan

*Tabarruj adalah pintu azab yang merata.

Seseorang yang memerhatikan nas-nas syariat dan sejarah (Islam) akan meyakini
adanya kerosakan yang ditimbulkan oleh Tabarruj dan bahaya atas agama dan dunia
, apalagi bila diseliputi oleh ikhtilath (percampuran antara lelaki dan wanita).


AKIBAT DAN BAHAYA TABARRUJ YANG MENAKUTKAN.

Wanita-wanita yang melakukan Tabarruj berlumba –lumba menggunakan perhiasan yang
diharamkan untuk menarik pehatian orang kepadanya. Sesuatu yang justru akan
merosak akhlak dan harta serta menjadikan wanita sebagai barang hina yang
diperdagangkan dan di antara bahayanya adalah:

1. Rosaknya akhlak kaum lelaki khususnya para pemuda yang terdorong
melakukan zina yang diharamkan itu.

2. Memperdagangkan wanita sebagai pelaris promosi untuk meningkatkan usaha
perdagangan dan sebagainya.

3. Mencelakan diri wanita itu sendiri , kerana Tabarruj itu menunjukkkan
niat buruk dari apa yang ia harapkan untuk menggoda orang-orang jahat dan
bodoh.

4. Tersebarnya penyakit , seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:’
Tidaklah suatu perbuatan zina itu nampak pada suatu kaum hingga mereka
mengumumkannya kecuali akan tersebar di antara mereka penyakit menular dan
penyakit penyakit lain yang belum pernah ada pada orang-orang dulu”

5. Mempermudahkan mata melakukan maksiat, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud. “Kedua mata zinanya adalah melihat” . Serta menyulitkan ketaatan
ghadhul bashar (menundukkan pandangan) yang merupakan sesuatu yang lebih
berbahaya dari ledakan bom atom dan gempa bumi.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “dan jika Kami hendak
membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup
mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah ) tetapi mereka melakukan keduhakaan
dalam negeri itu , hancurkan negeri itu dengan sehancur hancurnya.” (surah
al-isra’ :16)

Dalam hadith disebutkan (terjemahan) : “ sesungguhnya manusia bila melihat
kemungkaran dan tidak merubahnya , dikhuatiri Allah s.w.t akan menimpakan
mereka azab”.

Wahai ukhti muslimah ! tidakkah engkau perhatikan hadith Nabi s.a.w : “
Buanglah duri dari jalan muslimin “ Dan bila membuang duri dari jalan termasuk
cabang iman , maka duri manakah yang lebih berat? Batu di jalan atau fitnah
yang merosak hati , menerbangkan akal dan menyebarkan kekejian di antara
orang-orang mukmin?.

Sesungguhnya tidak seorang lelaki muslim terkena fitnah pada hari ini kerana
engkau yang telah memalingkannya dari mengingati Allah s.w.t dan menghalangnya
dari jalan yang lurus padahal engkau berupaya mencegahnya dari fitnah itu
kecuali di hari esok nanti Allah s.w.t akan menghukum engkau dengan azab yang
sangat pedih.

Segeralah taat kepada Allah , tinggalkan cacian dan ejekan manusia , kerana
perhitungan Allah s.w.t kelak sangat ketat.

Beberapa syarat hijab yang harus dipatuhi:-
1- Menutupi seluruh anggota tubuh wanita –berdasarkan pendapat yang paling
rajih.
2- Hijab itu sendiri pada dasarnya bukan perhiasan.
3- Tebal dan tidak tipis atau transparen.
4- Longgar dan tidak sempit atau ketat.
5- Tidak memakai wangi-wangian.
6- Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir
7- Tidak menyerupai pakaian laki-laki
8- Tidak bermaksud mempamerkannya kepada khalayak ramai

Bersambung, insyaAllah.

Nota: rencana ini petikan dari risalah berjudul “Hijab” yang dikeluarkan oleh
DAAR AL-GASEM Saudi Arabia P.o Box 6373 Riyadh 11442, penyusun: Abdul Malik
Al-Qosim diterjemah oleh Sholahuddin abdul Rahman, LC dan sedikit pembaikan
bahasa dan tambahan oleh la_abwa, risalah ini disebarkan semasa Ramadhan H1423
di Masjidilharam . Rencana ini tiada hak cipta ,boleh disebarluaskan demi
kebaikan umat sejagat]

No comments: