Tuesday, July 29, 2003

Hijab (2/5)

Sambungan dibawah sub-tajuk ‘keutamaan hijab’:-

* Hijab itu pelindung

Rasulullah s.a.w bersabda :”Sesungguhnya Allah swt malu dan melindungi serta menyukai rasa malu dan perlindungan”

Sabda beliau yang lain:

“Sesiapa saja di antara wanita yang melepaskan pakaiannya selain dari di rumahnya , maka Allah azza wa jalla telah menyoyak perlindungan rumah itu daripadanya”

Jadi balasannya setimpal dengan perbuatannya.
[laabwa: Wanita hanya dibolehkan membuka aurat didalam rumahnya apabila bersama suami dan mahram (mengikut kadar terbuka yang munasabah dan perlu). Jika membuka aurat diluar rumah maka wajarlah wanita itu jika di timpa musibah disebabkan oleh niat jahat lelaki kerana terpandang akan auratnya itu. Ini kerana wanita yang tidak menutup aurat ketika berada di luar rumah telah dengan sendirinya membuka perlindungan yang Allah swt janjikan untuk mereka ]


Hijab itu Taqwa

Allah swt berfirman (maksud terjemahannya):”hai anak adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”[Surah al-a’raaf:26]

[laabwa:Pengertian taqwa mengikut saidina Ali k.w adalah takut kepada Allah yang maha Agung, mengamalkan wahyu, puas terhadap yang sedikit dan bersiap sedia untuk menghadapi hari berbangkit”. Jika kita takut kepada Allah tentulah kita akan mengamalkan suruhannya, sekali gus kita telah mengamalkan wahyu-Nya. Menutup aurat bermak juga kita puas dengan yang sedikit, iaitu pilihan kita dalam menutup aurat memang sedikit berbanding dengan fesyen buka aurat dan tutup kulit. Tindakan kita menutup aurat demi mematuhi perintah Allah swt sudah tentu adalah merupakan persiapan kita untuk menghadapi hari akhirat di mana di hari itu nanti segala perbuatan kita akan dihitung taat atau engkarnya.]

* Hijab itu iman

Allah swt tidak berfirman kecuali kepada wanita wanita yang beriman :”dan katakanlah kepada wanita yang beriman” [surah An-nur:31]. Allah swt juga berfirman :”dan isteri –isteri orang beriman” [Surah al-ahzab :59]

Dan ketika wanita-wanita dari bani Tamim menemui Ummul Mu’minin, Aisyah r.a dengan pakaian nipis, beliau berkata :” jika kalian wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahawa pakaian ini bukanlah pakaian waniota-wanita beriman dan jika kalian bukanlah wanita beriman, maka silalah nikmati pakaian itu.”

[Laabwa: Ya ukhti muslimah! Mahukah kita dipinggir dari dipanggil dengan panggilan mulia sebagai wanita yang beriman? Tidakkah kita berasa malu kelak dihadapan Allah swt kita betapa ruginya kita kerana tidak menutup uarat seperti yang dikehendaki Allah swt tuhan kita, kemudian kita berharap pula untuk mendapat syurga-Nya?]

* Hijab itu haya' (rasa malu)
Rasulullah s.a.w bersabda :”Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”

Sabda baginda yang lain: “ Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu di Syurga.”

Sabda baginda yang lain lagi:”Malu dan iman itu bergandingan bersama , bila salah satunya diangkat maka yang lainpun akan terangkat”

[Laabwa: Wanita merupakan insan yang punyai perasaan halus dan malu adalah merupakan sifat yang sinonim dengan wanita. Perasaan malu ini merupakan fitrah wanita dan menutup aurat juga adalah fitrah. Dengan menutup aurat, wanita pada hakikatnya merasa selamat, selamat dari rasa malu itu sendiri]

* Hijab itu ghirah [rasa cemburu]

Hijab itu selaras dengan perasaan cemburu yang merupakan fitrah seorang lelaki sempurna yang tidak senang dengan pandangan-pandangan khianat yang tertuju kepada isteri dan anak perempuannya . Berapa banyak peperangan terjadi pada masa Islam akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatan , Ali bin abi Talib r.a berkata :’telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kalian bersesak-sesak dengan lelaki di pasar-pasar, tidaklah kalian merasa cemburu? Sesungguhnya tidak ada kebaikan pada seseorang yang tidak memiliki perasaan cemburu”

[laabwa: Pandangan pandangan khianat merupakan pandangan yang terbit dalam diri lelaki apabila mereka melihat aurat wanita yang bukan mahramnya kerana akan ujud godaan syahwat yang telah menjadi fitrah lelaki. Pandangan pandangan khianat ini akan menjurus kepada maksiat-maksiat yang lebih buruk seperti terbitnya siulan siulan sumbang, teguran-teguran nakal untuk mengorat dan menggoda wanita itu tetap ada,biasanya godaan ini bukan berniat baik. Bila berlarutan maka maksiat yang lebih besar iaitu zina mudah sahaja dihampiri, nauzubillah]

Nota: rencana ini petikan dari risalah berjudul “Hijab” yang dikeluarkan oleh DAAR AL-GASEM Saudi Arabia P.o Box 6373 Riyadh 11442, penyusun: Abdul Malik Al-Qosim diterjemah oleh Sholahuddin abdul Rahman, LC dan sedikit pembaikan bahasa dan tambahan oleh la_abwa, risalah ini disebarkan semasa Ramadhan H1423 di Masjidilharam . Rencana ini tiada hak cipta ,boleh disebarluaskan demi kebaikan umat sejagat]








No comments: