Monday, June 30, 2003

Hijab (part1/5)

Segala puji bagi allah s.w.t semata, selawat dan salam atas junjungan Nabi s.a.w dan Rasul terakhir.

Sesungguhnya seorang wanita muslimah akan menemukan dalam hukum Islam perhatian yang sangat tinggi terhadap dirinya, agar dapat menjaga kesuciannya menjadi wanita mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi.

Dan syarat-syarat yang diwajibkan pada pakaian dan perhiasannya tidak lain adalah untuk mencegah kerosakan yang akan ditimbulkan akibat tabarruj (berhias diri). Ini pun bukan untuk mengekang kebebasannya akan tetapi sebagai pelindung baginya agar tidak tergelincir pada lumpur kehinaan atau menjadi sasaran sorotan mata dan tumpuan perhatian.


Keutamaan hijab.*Hijab itu adalah ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w

Allah s.w.t telah mewajibkan ketaatan kepada Allah dan rasul_Nya berdasarkan firman-Nya (terjemahan) “dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukminah , apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan (hukum) , akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata” Surah Al-Ahzab:36

Allah swt juga memerintahkan kaum wanita untuk mengguna/mengenakan hijab,sebagaimana firman Allah swt: (terjemahan ayat) “dan katakanlah kepada wanita beriman:’hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya’ (An-nur:31)

Allah s.w.t Berfirman(maksudnya):” dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan berkelakuan seperti orang –orang jahiliah” (Al-ahzab:33)

Allah s.w.t berfirman lagi (maksudnya):”Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi),maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka” (Al-ahzab:53)

Seterusnya firman Allah s.w.t “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:’ hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” (Al-ahzab:59)

Rasulullah s.a.w bersabda “ wanita itu aurat” maksudnya adalah bahawa ia harus menutupi tubuhnya.

[ Ada dikalangan wanita yang tidak mahu memakai hijab/tudung atas alasan tak sampai/ belum sampai seru, sebenarnya ialah mereka yang belum benar-benar ‘samikna wa atoqna’, mereka sebenarnya belum patuh perintah Allah s.w.t, kurang yakin dengan al-qur’an dan hari akhirat-laabwa]

*Hijab itu ‘iffah

Allah s.w.t menjadikan kewajipan menggunakan hijab sebagai tanda ‘iffah (menahan diri dari maksiat).
Allah s.w.t berfirman: (terjemahan)
“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:’ hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu’ (Al-ahzab:59)

Itu kerana mereka menutupi tubuh mereka untuk menghindari dan menahan diri dari perbuatan jelek (dosa), “kerana itu mereka tidak diganggu’. Maka orang-orang fasik tidak akan mengganggu mereka dan ianya sebagai isyarat bahawa melihat keindahan tubuh wanita adalah suatu bentuk ganguan berupa fitnah (godaan) dan menjurus kepada kejahatan bagi mereka yang memandang.

[Memakai hijab/pakaian menutup aurat dengan sendirinya akan mendatangkan rasa malu untuk berbuat maksiat, mendatangkan kesukaran untuk membuat maksiat kerana bentuk pakaian yang labuh yang dapat mengurangkan ketangkasan pergerakan –laabwa]

* Hijab itu kesucian

Allah s.w.t berfirman: (terjemahan):’

”Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi),maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka” (Al-ahzab:53)


Allah s.w.t menyifatkan hijab sebagai kesucian bagi hati orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan kerana mata bila tidak melihat maka hatipun tidak bernafsu. Pada saat seperti itu, maka hati yang tidak melihat akan lebih suci. Ketiadakan fitnah pada saat itu lebih nampak, kerana hijab itu menghancurkan keinginan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya, Allah s.w.t berfirman: (terjemahan):’Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya” (Al-Ahzab:32)

[Memakai hijab dapat mengelak bukan sahaja lelaki malah sesama wanita dari berlumba-lumba untuk mempamerkan kecantikan dan mengurangkan umpat keji sekiranya tubuh tidak cantik . Ini akan menghindarkan sifat cemburu dan keinginan mencaci dari hati kita sebalikanya akan mengingatkan kita kepada perintah Allah yang perlu ditaati-laabwa]

bersambung ke bahagian 2, insyaAllah.

[Nota: rencana ini petikan dari risalah berjudul “Hijab” yang dikeluarkan oleh DAAR AL-GASEM Saudi Arabia P.o Box 6373 Riyadh 11442, penyusun: Abdul Malik Al-Qosim diterjemah oleh Sholahuddin abdul Rahman, LC dan sedikit pembaikan bahasa dan tambahan oleh la_abwa, risalah ini disebarkan semasa Ramadhan H1423 di Masjidilharam . Rencana ini tiada hak cipta ,boleh disebarluaskan demi kebaikan umat sejagat]

No comments: