Sunday, March 11, 2001

Perkahwinan 2011


Bersanding Sabtu malam Ahab 12 March 2011,selesailah acara kenduri kawin , semua anak-anak Hj Nuri/Hjh Zabedah dah kawin. Bersanding ni asalnya adat hindu dah jadi adat melayu. Buat malam, malu kunun..Beberapa das bunga api memulakan majlis bersanding dan beberapa pancaran lagi bila majlis selesai. His tak mau mengalah, abang ngan kakak dulu ada bunga api, adik pun nak la.

Dah sah jadi suami isteri... alhamdulillah. Mudah2an ada dorongan untuk membaiki kualiti hidup masing-masing.".” Barakallahu lakuma wa barakallahu alaikuma wa jamaa bainakuma fi kulli khair. " (Keberkataan Allah untuk kamu berdua dan keberkatan atas kamu berdua dan semuga Allah mengumpulkan antara kamu berdua pada setiap kebaikan").

Inilah wang hantaran sebanyak RM1,000 dari saya untuk awak... tunai, haha. Poyo jer ayat tu..budak kecik tu tak habis2 gelak, suka sangat.

Malam berinai 11311, Jumaat malam sabtu. Tak sangka lak tarikhnya nombor berapit.

Debaran sang teruna di saat saat akhir untuk jadi suami.

hantaran RM1,000 tunai dan Rm10,000 cek.Setulus ikhlas dari Abang untuk adindanya he he. Adik dah jadi abang daa...

Berakhirnya satu kehidupan orang bujang, bermula satu kehidupan berdua.Semuga mendapat mawaddah wa rahmah , itulah doa daripada maksu. Sori la gambar semua kelabu..maklum ambil dari HP Nokia jer.

No comments: