Saturday, February 26, 2011

Satu Malaysia-lain negeri lain cara

Jika dulu ramai pasangan yang menunggu cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan, kini tidak lagi. Mungkin untuk mengelakkan kesesakan jadual perkhawinan yang mana akan menyebabkan kenduri yang dibuat tidak dapat dihadiri oleh para jemputan kerana berlaku dua tiga kenduri serentak. Sekarang ramai pasangan yang memilih tarikh yang tidak melibatkan cuti umum.

Hari ini saya menghadiri dua kenduri, siangnya kenduri pertunangan dan malamnya kenduri pernikahan yang lain pula. Saya dapat lihat perbezaan cara melaksanakan kenduri mengikut negeri. Di Selangor adatnya berbeza sedikit dengan di Pahang. Adat dahulu tentunya sedikit sebanyak berubah mengikut keadaan dan masa. Namun ada yg tetap sama iaitu rukun nikah, pastinya!


Antara perbezaan negeri-negeri ialah, di Selangor (Kelang) jika akad nikah dilakukan di Masjid, ianya dilakukan dalam bilik mesyuarat masjid tersebut dan kebanyakkan masjid di Selangor ada bilik mesyuarat. Di Kuantan dan di Johor pula, sekalipun ada bilik mesyuarat di masjid, akad nikad dilakukan diruang solat.

Pengalaman dua nak sedara saya bernikah di Masjid d Selangor,acara nikah berlaku dalam bilik mesyuarat yang dihadiri oleh kira2 30 orang sahaja dari dua pihak. Cara ini lebih tertib, kutbah nikah dan ceramah dari jurunikah dapat didengar dengan jelas oleh kedua pasangan dan hadirin. Bila dilakukan di ruang solat seperti di Kuantan dan di Mersing yg pernah saya hadiri, dengan kehadiran sanak-saudara yg ramai berserta riuh rendah kanak-kanak, biasanya keadaan menjadi agak kalut. Ditambah pula dengan acara batal wudhu',acara mengambil gambar dan bersalam-salaman antara pengantin dengan sanak saudara. Tentulah semua ini akan mengganggu jika ada orang sedang solat sunat,beriktiqaf dan membaca al-qur'an. Lebih malang jika tetamu yg datang semata-mata untuk menghadiri upacara nikah tanpa menghormati masjid dengan solat tahiyatul masjid.



Kini ada trend baru mengadakan majlis pertunangan di surau kerana ruangnya yg luas berbanding dengan ruang tamu di rumah. Keluasan ini selesa untuk upacara bertukar hadiah pertunangan. Para tetamu yang terdiri dari sanak saudara pula boleh duduk dalam ruang yang sama mendengar perbincangan dua pihak menetapkan tarikh perkahwinan. Jika dahulu bakal pengantin lelaki tidak hadir dalam majlis pertunangan tetapi sekarang mereka turut sama dalam rombongan pihak lelaki.

Itulah bezanya dahulu dan sekarang .Jika yg bertunang itu para artis, tentu sesi bergambar yang sering melanggar batas syarak turut menjadi amalan glamer. Mengikut hukum syarak jika dosa kecil dibuat oleh orang yang ada pengaruh (seperti ustaz/ustazah, artis atau pemimpin ) maka dosa tu menjadi dosa besar kerana kesan dari paparan dosa kecil itu ,bakal menyebabkan orang awam yg melihatnya terikut dan mengangapnya remeh (meremehkan dosa kecil). Oleh itu , mari kita fikirkan apa yg patut kita buat bagi memelihara diri dari dosa yang disengajakan.



Selesai kenduri kecil (upacara nikah), hari ahad atau sehari lepas nikah, kenduri besar-besaran pula diadakan. Kalau pasangan diraja dulu-dulu sampai tujuh hari tujuh malam. Sekarang ramai yg buat kenduri ringkas, ada yg buat sekali antara pihak lelaki dengan pihak erempuan di balai raya atau diperkarangan masjid. Ada juga yang masih mengamalkan tradisi kenduri berasingan mengikut kemampuan. Biasanya kenduri pihak perempuan akan lebih meriah, manakala di pihak lelaki pula diadakan kenduri sambut menantu yg ringkas.


Bulan march akan datang kakak saya pula akan mengadakan keduri terakhir bagi anak lelaki bungsunya. Kali ini buat aturcara yg berbeza, buat sekali di rumah pengantin lelaki (rumah kakak). Memandangkan keluarga pengantin perempuan tidak ramai, ibunya ibu tunggal,jadi keluarga kakak menyarankan buat sekali dan sehari sahaja . Saya rasa ini yang sepatutnya, kerana di zaman nabi pun pihak lelaki yg buat kenduri.Apa pun , ada kemungkinan tradisi ini sukar diubah, tengok lah nanti sama ada rancangan menjadi atau sebaliknya.

1 comment:

aby said...

alhamdullillah ...
dapat buat syaitan meraung dan menangis lg. tk dapat nak jerumuskan pasangan ni ke lembah maksiat ..

tp .. tk pernah aby hadiri acara akad dalam bilek mesyuarat, selalunya kt ruang solat ..

apapun harap ummu sihat sentiasa ..