Sunday, December 19, 2010

Bila terkena demam selsema

Inilah antara ubatnya...

Saya paling jarang kena selsema. Sekalipun orang sekeliling sudah selsema, biasanya saya mampu bertahan. Tapi tidak kali ini, kali ini tak ada orang dalam rumah yg kena selsema tiba2 saya kena. Sebaik sahaja balik dari menghadiri bengkel/ceramah setengah hari di carlton hotel Shah Alam pada 15 dec 2110, saya mula bersin dan seterusnya gejala selsema tak dapat di tahan lagi. Pada mulanya saya suka dapat bersin 2-3kali sehari kerana saya memang susah nak bersin. Setahun sekali pun payah.

Nampaknya walaupun bukanlah teruk sangat tetapi ia cukup membuatkan saya tak selesa dan tak dapat mengadap komputer lama.Mungkin juga kerana keletihan yg telah terkumpul sekian lama.Bila terkena demam selsema , barulah kita dapat rasa apa yg orang lain rasa. Kerana bimbangkan penyakit ini munular, saya pun mencari info tentang selsema dan demam,mudah2an dapat kita manfaatkan.

Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.
Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain
. Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.
Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.
Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.
Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

1 comment:

Ummu Waheedah said...

tq armouris, sy dh baca. Skrg selsema dh sembuh cuma hidung masih berhingus dan tekak masih berkahak. kena pi beli orange sunkis minum dgn gula batu.