Tuesday, September 14, 2010

SMS vs Kad raya


Zaman dah berubah dunia dah maju. Itulah slogan salah satu iklan TV yg popular satu masa dahulu. Memang benarlah ungkapan tersebut. Kalau dulu (10 taun dahulu) kad hari raya sering dinanti-nantikan oleh kebanyakkan ummat Islam. Macam2 jenis kad hari raya di jual, paling canggih yga saya ingat ialah yang berirama (musik) selain dari kad 3D. Lebih besar kadnya, lebih seronok dan meriah lah hari raya kita. Kad-kad hari raya ini akan digantung selama sebulan atau lebih. Biasanya di Pejabat2 akan digantung sampai raya haji... tapi kini, apa agaknya yang menjadi bahan gantungan selain dari sampul 'angpau' yg kosong?.

Memang seronok sekali dapat kad hari raya tambah 'trill' jika ianya datang dari 'secret admirer'. Cewah macam ada nostalgia pulak yer.. itu zaman sekolah la. Memang kad-kad misteri sering menjadi daya penarik di aidil fitri. Kad kad istimewa juga menjadi impian sesetengah orang. Daya kreativiti pereka kad menjadi pilihan pembeli. Ada kad khusus untuk ibubapa, abang ,bos, kakak, perantau, kekasih, tunang dan tak lupa ada kad untuk si penghutang!.Maka tersenyum simpul lah si penerima bila kad diterima.

Kad bergambar kartun pun sering menjadi kegilaan. Macam2 ayat lucu yang dituliskan untuk mereka yang berjiwa kelakar. Tetapi semua itu hanyalah nostalgia. Yang tinggal hanyalah kenangan bagi mereka yang pernah merasai keseronokan memilih dan menghantar kad raya. Malah selepas hari raya posmen masih berkerja keras menghantar kad yang tak sempat disampaikan.Bajet untuk kad hariraya biasanya sudah tersedia 2-3 bulan sebelum hariraya. Malah tempahan khas kad hari raya juga menjadi pilihan sesetengah orang.Di zaman persekolahan dulu, ayat yg sering ditulis ialah "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.' Maknanya minta orang balas kad kita sebab nak berlumba siapa paling banyak dapat kad raya. Selain itu kita seronok baca coretan si penghantar kad.Kadang-kadang sampai habis ruang kosong ditulis he he.


Sekarang ini hari raya semakin hambar dari tahun ke setahun. Paling teruk tahun ini saya hanya terima dua kad sahaja. Satu dari syarikat insuran (sambil hantar peringatan untuk memperbaharui insuran) dan satu lagi dari rakan yang akan datang bertandang dan beraya di rumah saya. Kad-kad hariraya ini kini diganti dengan SMS. Satu budaya baru yang bakal memupuskan kreativiti, mungkin juga akan mengurangkan jawatan posmen. Malah SMS juga semakin ringkas, ala kadar dan diciplak dari seorang ke seorang. Masing2 malas nak mencipta ayat, sebab itu kita akan terima ayat yg sama atau seakan sama dari orang yg berbeza. Sah lah ayat 'forwarding'.Ayat lazim yang pasti tertera ialah 'selamat hari raya maaf zahir batin" walaupun tak pernah bersengketa.

Bak kata pepatah " dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada".Tak ada kad raya SMS pun jadilah sebagai ingatan.Bukan maknanya tak hantar SMS tu tak ingat. Tahun ini saya dapat SMS dari beberapa orang yg tak pernah hantar SMS sebelumnya. Maknanya mereka masih simpan no HP saya lah tu...dah beberapa tahun tak dengar khabar berita agaknya baru jumpa no HP masa kemas rumah kut...:). Tak kurang juga yang buat 'derk' , haram tak balas SMS pun saya, ini apa fesyen pun tak tau la. Saya anggap depa dah habis kredit atau SMS kena 'culik' oleh TELCO, SMS tak sampai. Saya tak kecil hati pun sebab saya hantar kepada beberapa orang sahaja menggunakan ayat saya sendiri iaitu SMS Doa " taqabballahu minna wa minkum " atau jika saya menjawap, saya tulis " Minna wa min kum taqabbal ya karim" berserta terjemahan.Tak jawap pun tak apa, sebab itu adalah doa.

Mungkin juga yang terima SMS tu terlalu sibuk dan tak ada masa untuk menjawap SMS yg dianggap soal remeh . Tetapi sebenarnya dalam kesibukan kita, SMS lah media paling ringkas untuk mengerat perhubungan atau sebagai tanda ingatan.Ada orang masa dia susah, ada masa nak hantar SMS dari pagi sampai tengah malam berhari-hari. Tapi bila dah lega, langsung 'tak ingat' nak bertanya khabar jauh sekali nak ucap doa atau ucap selamat hari raya. Bukanlah kita hendak balasan tetapi adab yang baik tentunya akan dibalas balik. Janganlah menjadi seperti pepatah "seperti kacang lupakan kulit". Walau apa pun, itu lah realiti sikap manusia masa kini yang perlu kita terima seadanya.Mudah2an kita tidak jadi seperti 'kacang'itu dan menjadi seperti robot yang telah diprogramkan, tak ada lagi kepekaan (instinct) dan sensitiviti.

No comments: