Wednesday, September 1, 2010

Pusara dua dalam satu


Pusara 2in1, dua dalam satu. Ramadhan bulan mulia juga bulan nostalgia pahit bagi sesetengah keluarga terutama mereka yang kehilangan zuriat yg diharapkan bakal mengganti dan memeriahkan hari raya.Pusara dua dalam satu menandakan dua orang dalam satu keluarga pergi serentak meninggalkan keluarganya.

Saban tahun tragedy menyambut aidilfitri pasti akan menimpa ummat. Biarpun sudah banyak langkah keselamatan, kesedaran diri dan kempen-kempen dilaksanakan bagi mengelak musibah, tetap juga aidifitri menjadikan malaikat maut lebih sibuk dari hari biasa. Anehnya ianya hanya berlaku di negara di mana ummatnya memeriahkan aidilfitri dengan suasana pertemuan keluarga ,bila ada perjalanan pasti ada yang akan 'jalan'.

Kehilangan adalah suatu yang sukar diterima dengan syukur walaupun redho.Redho pun kerana sudah terpaksa,redho kerana tiada pilihan. Kita jarang nampak hikmah suatu kepergian. Betapa untungnya mereka yang terlebih dahulu bertemu penciptanya.Dan betapa ruginya kita yang tidak mengambil iktibar dari suatu kehilangan mendadak.

Kematian adalah guru, pendidik bagi orang yang insaf. 10 hari/malam terakhir Ramadhan penuh keberkatan. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) .Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Maka mereka yang bertemu ajalnya di 10 hari terakhir Ramadhan tentu ada hikmahnya.Hikmah kepada orang yang dapat membaca erti kehidupan dan kenapa kita dihidupkan.Tetapi hati yang 'kering' mengangggap kematian adalah fenomena alam. Mereka tak mahu fikirkan apa yang akan dipersoalkan di alam Barzah. Kematian tidak menguja manusia yg masih hidup untuk tidak melakukan dosa. Malah, ada kalanya kematian itu pula menjadi titik mula seseorang manusia menjadi derhaka kepada tuhannya kerana merasakan Allah tidak adil,semuga kita dijauhkan dari sifat begitu.

Sekian, salam keberkatan.Mudah2an kita masih giat berusaha meraih peluang pahala berganda yg dijanjikan Allah s.w.t.

No comments: