Monday, July 19, 2010

Bila si gadis merokok

Kisah petang semalam di sebuah kedai runcit di kawasan perumahan saya.Ketika itu saya membeli beberapa barang keperluan, lalu datang dua orang gadis remaja yang cantik wajahnya seiras aktress Fazura. Amboi tertoleh dua kali saya dibuatnya. Comel sungguh, anak siapa?

Dia menunggu disisi saya kerana memberi ruang kepada saya membayar harga barangan terlebih dahulu. Sebaik sahaja saya membayar, cepat tangannya menyambar tin rokok usang depan saya. Diambilnya sebatang rokok dan disuanya seringgit malaysia.Seorang lagi pun buat perkara yga sama. Isteri taukeh kedai mengembalikan beberapa sen kepada mereka.Secepat kilat mereka beredar dari kaunter.

Saya yg masih belum berganjak dari kaunter jurukira tergamam sekejab.Dalam minda tergantung tanda soal "gadis merokok??". Lalu saya bertanya seakan berbisik kpd isteri taukeh kedai " derang merokok ker?.. "alah biasalah kak.." jwp isteri taukeh kedai selamba. "Ramai yg hisab, dah tak heran..". Soalnya kenapa dijual? untung tak berapa sen pun...

Ketika nak pulang taukeh kedai dah tersengeh2 memandang saya. Rupanya dia melihat gelagat saya yang terkejut beruk melihat dua gadis membeli rokok. Yerlah kalau beruk hisap rokok pun kita heran inikan pula wanita yang sepatutnya penuh sopan. Lebih terkejut sebab bila mereka beredar dari kedai barulah nampak pakaian mereka yg ala pakaian ahli sukan ragbi yang saya meluat tu. Itu yang taukeh kedai tersengeh2, dia tahu saya tak suka tapi mereka dah biasa rupanya dengan peristiwa begitu. Mereka tidak menegur kerana yang penting ialah 'menjaga hati pelanggan'.

2 comments:

Anonymous said...

terbaca blog ni nak juga bagi komen.saya seorng ibu yg berkerja.dan mempunyai 3 org anak.salah seorg gadis saya seorg perokok berusia 23 thn.saya dpt tahu dia mula merokok semasa sekolah lagi.ibu bapa mana yg tak marah bila anak merokok,lebih2 lagi anak perempuan.saya nasihat cara baik.tapi masih lagi sembunyi2 merokok hingga tamat sekolah.akhirnya saya dan suami fikir sampai bila nak melarang dia merokok.dibelakang saya tetap juga merokok dan merokok ditempat awam.dan skrg saya tak kongkong lagi tabiat merokok dia,dia semakin dewasa dan bekerja.cuma saya harapkan satu hari nanti dia akan berhenti merokok.

Ummu Waheedah said...

Salam puan,

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mudah2an puan dan suami serta anak2 yg lain terus berdoa supaya yg merokok itu tahu akan kesilapannya.

Cuma sy harap puan tida biarkan dia merokok di dalam rumah sesuka hati keran jika di lihat jiran n keluraga akan mendatangkan imej buruk kpd keluarga puan, Allhuaklam.