Wednesday, March 17, 2010

Kita membantu akhirnya kita yang buntu.


Hidup kita tak dapat lari dari masalah. Sedaya upaya kita cuba menghindar diri dari belenggu hutang, kita hidup seadanya. Kita utamakan keperluan kita tangguhkan kemewahan malah kita berjimat supaya ada tabungan untuk hari kecemasan.Begitu kita merancang kewangan, berbekalkan ilmu bersandarkan kepada keyakinan. Namun,sebaik mana pun kita berusaha , jika Allah nak menguji tetap juga kita diuji.

Saya sekadar ingin berkongsi kisah, bukan untuk menakut2kan pembaca hanya sekadar renungan dan dijadikan tauladan.Dalam hidup saya perkara yg paling saya takut ialah hutang tetapi rasanya tak ada siapa yg boleh menghindarkan hutang 100 persen.Biasanya saya berhutang tak lama, hutang rumah 10 tahun sahaja saya dah gelisah nak melangsaikannya. Rasa rimas ada kira-kira hutang ni.Kata para ustaz, hutang itu harus bagi satu2 keperluan sahaja. Kalau beli rumah/kereta kedua, itu bukanlah satu keperluan.

Hidup rasa tenang tanpa hutang. Tetapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan jua ditengahari. Kita dah bereskan hutang, orang pulak datang minta tolong hutangkan dirinya.Macam mana tu? Si fulan ni saudara mara kita juga, nak pakai kereta tapi tak mampu nak beli tunai.Nak hutang pun,dia bukan warga negara Malaysia pulak tu. Jadi setelah diusul kepada keluarga yang lain,masing-masing ada alasan. Maklumlah duit punya hal, adik beradik pun ada yang berkira.Akhirnya kita jugalah yg terkena.


Bak kata pepatah ditelan mati mak,diluah mati bapa. Serba salah dan serba tak kena. Terfikir juga,saudara kita ni nak belajar , kenderaan awam sukar pulak kerana masa tak menentu. Fikir punya fikir, atas dasar membantu orang yang memohon pertolongan, saya pun setuju. Dari semenjak meminjamkan diri berhutang itulah satu persatu masalah datang. Dari segi bayaran ansuran tak ada masalah. Yang jadi masalahnya ialah undang2 jalanraya. Masalah trafik sahaja jumlah kompaunnya sudah melebihi RM2000. Walaupun setakat ini semuanya dibayar tetapi merit KEJARA atas nama saya.

Baru2 ini saya meng'SMS' ke DAPAT (32728) untuk melihat berapa banyak lagi saman atas nombor kenderaan yg saya pinjamkan.Terkejut badak dibuatnya kerana jumlahnya RM1130. Apalah pulak yang disaman. Selepas mendapat email barulah diketahui ada kesalahan memandu tanpa lesen dan memandu laju.Tidaklah dapat dipastikan siapa yang punya angkara kerana sewaktu kejadian kereta disewakan. Bila dipanggil nombor talipon penyewa, ianya sudah ditamatkan perkhidmatan.Mujurah kereta dapat diselamatkan walaupun dalam keadaan yg 'menyedihkan', kemik sana dan kemik sini.

Sekarang ni , sedara kita tu pulak minta saya langsaikan dulu duit saman ini. Nanti mereka bayar secara cicir (ansuran), waduh di mana pulak saya nak cekau duit sebanyak itu?Kes phishing pun belum selesai, yg ini pulak nak dilangsaikan. Kalau tak dilangsaikan , nanti roadtax saya pula yg kena sekat atau lesen memandu tak boleh diperbaharui. Bukannya tak bertempat nak mengadu, tapi tentunya nanti saya yang kena lutu...kena tempelak dan kena 'kutbah'.Sememangnya dari dulu keluarga tak setuju saya bantu, kerana keluarga sebelah sana ada yg berkereta mewah. Kenapa kita yang sengkek ni juga yang kena tolong?

Terlakar juga rasa terkilan dengan sikap manusia. Bila ditimpa masalah begini,mereka masih lagi nak jaga nama.Tak mahu berhutang dengan adik beradik dan kaum keluarga sendiri , tahu pulak malu. Habis saya ni macam mana?Saya pun belum tergamak nak ceritakan hal ini kepada keluarga terdekat.Nanti tak habis2 saya kena 'bancuh' secukup rasa kerana menolong orang buat hutang. (Kalau mereka baca blog ni lain la..:) ). Niat kita nak membantu , kita pulak yang buntu.Hanya kepada Allah s.w.t kita mohon bantuan, mudah2an Allah s.wt membuka jalan bagi saya. Rabbi yasir wa la tu'asyir, ya kareem.Tuhanku, mudahkanlah dan jangan Engkau susahkan, wahai tuhan yang Maha mulia. Ameen.

2 comments:

Bawang Goreng said...

Adik saya baru saja terkena... terpaksa membayar hutang orang, sbb jadi penjamin.

Mak yang cerita, dia senyap2 minta tolong dengan ayah.

Dari dulu lagi saya dah nasihatkan dia, jgn sibuk2 tolong orang, agaknya taknak kena paku buah keras dgn saya, tak beranilah dia mengadu...

Kesian pun ada. Anak 2 org tadika smart readers, sebulan RM250/sorang. Kereta RM1600.00 sebulan, rumah pun dalam RM1000.00 juga. Duit minyak hantar anak ke sekolah RM500.00 dah tetap. Belanja hangus sebulan aje dah tentu RM4500.00 (+ makan dan api air astro)...

Itu belum campur hutang orang yg taknak byr tu...

Dah lebih dari gaji saya sendiri. Tak dapatlah nak nolong..

Ummu Waheedah said...

hadoi doi doi... :)
bajet hangit nampaknya yer.. tu la pasal saya pun sonyap sonyap jer nih, biarlah jadi iktibar kpd yg membaca posting/blog.

Lambat laun keluarga akan tau juga, saya kena bayar sebelum oktober la, kalau tak roadtax/lesen saya lah yg bermasalah.

tengoklah mcam mana, nampaknya kena kontak member2 polis la ni.. mana tau kut2 depa boleh bantu mudah2an.