Thursday, January 14, 2010

Diari, warna dan mythos



" Salam, nak tanya ummu suka warna apa?"
Begitu paparan SMS di HP pada awal tahun yg lalu. Email dari rakan di egroups al-falaah nampaknya. Senyum dalam hati. Hah dia ni nak jadi nujum pak belang agaknya. Biasanya warna dikaitkan dengan kajian watak empunya diri. Bagi saya ianya satu kebetulan.Saya tidak pula menafikan.

"Nak jadi nujum ker? Saya suka warna light purple" .Saya menjawap SMS ringkas.Nama pun SMS-short mesaging system. Tapi ramai juga rakan2 saya yg bingung bila menerima SMS saya. Ada kalanya mereka tak faham ejaan yg disingkatkan.Jadi saya berhati2 dengan siapa saya ber-SMS. Jika dengan rakan yg biasa, memang seringkasnya.Pernah saya tulis 'cbuk' untuk mengatakan sibuk , seorang rakan memahaminya sebagai cebok (istinjak). Kah,dah jadi panjang lebar pula saya terpaksa menerangkan.

Sememangnya saya tak sempat memikir hal diari tahun ini. Masa sibuk dan singkat sangat rasanya. Macam2 urusan nak diselesaikan menjelang Mesyuarat Agung Koperasi.Hanya sempat catat 'to do list'. Saya menunggu respon SMS. Agaknya apalah yg nak ditafsir tentang warna kegemaran saya. Tetapi tak bermakna semua benda dalam rumah saya berwarna light purple, malah baju pun tak berapa helai yang berwarna tersebut. Kain dalam gambar diatas, antara yg belum sempat dijahit.Kalah menteri sibuknya kunun.


" Saya nak hantar Diari ". Senyum kambinglah pulak. Meleset tekaan saya , ingat dia nak berikan maksud warna dengan watak empunya diri. Tertunggu2 juga watak macam mana yg diwakilkan dengan warna merah jambu + ungu tu. Harap2 watak yang baik sahaja.Bolehlah perasan bagus.

Memandangkan saya sedang berada diluar kawasan liputan sejak hujung 2009 dan tersangatlah sibuknya,tidak pula saya teringat tentang Diari tersebut sehingga saya dihubungi oleh beberapa panggilan misteri-nombornya yg misteri. Nombor yg tiada dalam senarai HP.Biasanya saya tidak mengangkat nombor2 yg tidak tertera nama. Rupanya dari courier service. Ya, saya minta jangan dikembalikan barang pos, saya akan kembali ke Kuantan seberapa segera untuk melihat warna Diarinya. Betul ker warna yg saya suka.?

Terperap diari tu dari 9 Januari hingga 14 Januari dipejabat courier service.Buka2tu dia , ngam warna itulah yg saya suka. Bukan cerah sangat, tapi malap. Memang pun warna malap yg saya suka. Susah sebenarnya nak menyatakan warna ni. Katakan warna hijau, ada berapa banyak warna hijau?
-jade green, hijau batu nilam
-hijau pucuk pisang
-hijau lumut
-hijau laut
-lazwadi hijau

Lain orang lainlah fahamannya. Bercakap tentang warna, akuilah kebesaran Allah s.w.t yang menciptakan warna. Ada kalanya boleh bertengkar tentang warna. Kerana nak menyebutkan warna itu pun sudah satu masalah. Tidak ada kamus warna.

Bagaimana agaknya pakar colour vibration mentafsir warna yang serasi dengan aura kita? Kerana itu saya katakan tafsiran tersebut hanyalah satu kebetulan atau metos (mythos). Kalau kita percaya kepada tafsiran warna berkait dengan watak 100 persen,kitalah yg rugi. Allah s.w.t lah yang lebih mengetahui rahsia warna. Tentu ada rahsia.Hijau warna surga. Merah/oren warna api.

Apa apa pun terima kasih kepada yang menghantar diari itu. Sesungguhnya ia istimewa, kerana warnanya yang serasi dengan citarasa saya. Semuga ukhwah kita hingga ke surga.Amin.


No comments: