Wednesday, December 30, 2009

Insurans deposit- Masih ada harapan??


Mungkin ramai di kalangan kita yang masih tak tahu tentang keujudan PDIM atau Perbadanan Insuran Deposit Malaysia sebuah perbadanan yang dikendalikan oleh kerajaan untuk melindungi pendeposit.

Masih adakah harap bagi manda kecurian perbankan internet seperti saya dilindungi?.

*Hubungi PDIM di 1-800-88-1266 dari Isnin hingga Jumaat mulai 8.30pagi hingga 5.30petang atau emel kepada PDIM di info@pidm.gov.my
*Pejabat PDIM bertempat di Aras 19, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Saya masih lagi membaca maklumat2 di sana dan insyaAllah akan menghubungi mereka untuk mengemaskinikan maklumat di blog ini untuk manfaat semua pembaca.



Apakah Itu Insurans Deposit?

Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi penyimpan daripada kehilangan wang deposit yang disimpan di bank sekiranya bank mengalami kegagalan. Sistem ini ditubuhkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan rangka kerja perlindungan pengguna dan menggalakkan kestabilan sistem kewangan. Sistem ini tidak berhubungkait dengan atau diuruskan oleh syarikat insurans am atau nyawa. Umumnya, ini merupakan skim yang disediakan oleh Kerajaan, meskipun di sesetengah negara sistem ini disediakan oleh pihak bank.

Sistem insurans deposit di Malaysia dilancarkan pada September 2005 dan diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). PIDM ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM).

Manfaat kepada penyimpan

Perlindungan insurans deposit adalah automatik
PIDM melindungi penyimpan yang menyimpan deposit di bank
Tiada sebarang caj kepada penyimpan untuk perlindungan insurans deposit
Sekiranya sesebuah bank gagal, PIDM akan membuat pembayaran semula deposit kepada penyimpan dengan segera
Manfaat kepada sistem kewangan

PIDM meningkatkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysia dengan melindungi penyimpan daripada kehilangan deposit mereka.

PIDM mengukuhkan dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap dalam sistem kewangan
PIDM meminimumkan kos kepada sistem kewangan dengan mengenalpasti penyelesaian kos terendah untuk menguruskan bank yang bermasalah.

PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusi pengurusan yang cepat dan cekap ke atas bank yang mengalami kegagalan dan membuat pembayaran deposit kepada para penyimpan dengan segera.

Dengan pengenalan sistem insurans deposit di Malaysia, penyimpan menerima perlindungan untuk deposit mereka di bawah undang-undang. Penyimpan akan mengetahui bagaimana dan bila pembayaran semula deposit akan dilakukan sekiranya bank mengalami kegagalan.

Insurans deposit diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai komponen terpenting dalam jaringan keselamatan kewangan negara dan telah dilaksanakan di hampir 100 buah negara di seluruh dunia.

dipetik dari:http://www.pidm.gov.my/About-Deposit-Insurance/What-Is-Deposit-Insurance-.aspx

No comments: