Kisah ini saya ambil dari salah satu email yang masuk ke egroups Ingatan pada hari Isnin 21/12/09,Rozmal bin Malakan
Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.
Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.
Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.
Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.
Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.
Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.
Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.
Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.
PERSOALANNYA IALAH ?
1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet ini ?
3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan begitu ramai mangsa tertipu ?
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?
Monday, December 21, 2009
Kebejatan Perbankan Internet- RM7500 lesap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
RM7500? biasanya fund transfer dihadkan ke RM5000 sahaja
emm entahlah yer..
Kalau ikut prosidur memanglah had pengeluaran secara default ialah Rm3000 dan boleh ditingkatkan ke RM5000. Mungkin guna dua akaun, jadi logiklah lesap RM7500. tapi kalau boleh nampak kat srin ATM yang duit tu dipindahkan ke akaun seseorang, kemungkinan ada campur tangan 'orang dalam'. Ini lagi hebat dari phishing...
Post a Comment