Thursday, October 1, 2009

Musibah, cukupkah setakat ucapan takziah?



Biasanya bila ada musibah menimpa kaum keluarga dan sanak saudara saya , saya akan menghantarkan SMS kepada kenalan2 saya. Selain melihat bagaimana ummat Islam bertindakbalas tehadap berita musibah, saya juga ingin melihat sejauh mana ummat zaman ini prihatin terhadap kesusahan orang lain. Tidak ada niat saya untuk menyusahkan sesiapa tetapi bagi yang memahami , mereka tentu akan menghargai pengkhabaran itu.

Pengkhabaran mengenai sesuatu musibah sebenarnya dapat memberikan pahala kepada yg menerima berita musibah. Sebagai contoh, khabar mengenai seseorang yg sakit dan dimasukkan ke hospital. Jika yg menerima berita itu berkesempatan menziarah, maka ada pahala bagi orang yng menziarahi pesakit lebih2 lagi jika kaum keluarga sendiri. Jika sibuk, maka cukuplah mendoakan dari jauh.Doa adalah penting buat pesakit dan juga bagi orang yg meninggal dunia.

Semasa berlaku musibah sakit kepada ibu saya dan kematian dua orang anak saudara saya, macam-macam respon saya terima. Respon2 ini memperlihatkan tahap pengetahuan (ilmu) dan kesedaran umat. Bagi yg bermaklumat, mereka akan mengulas dan memberi respon yang sesuai dengan tahap ilmu yg mereka terima. Saya suka memberitahu musibah kepada para ustaz yg saya kenali, kerana mereka akan pantas berdoa. Doa orang beriman dan orang solehlah yg saya harapkan sebenarnya. Disamping saya sendiri belajar dan mengamalkannya.


Semasa saya dan emak saya sakit, ada yang mendoakan saya melalui SMS " syafa akillah, mudah2an enti cepat sembuh." Semasa kematian dua anak saudara saya, ada ustaz2 mendoakan "Allahummaghfirlahum war hamhum ", Ada juga yg berjanji untuk membacakan ayat al-quran dan mensedekahkannya. Terima kasih banyak2 atas semua doa dan sedekah pahala dari antum. Saya sangat menghargainya. Itulah untungnya berilmu dan mengenali orang berilmu.

Sebaliknya orang yg kurang berilmu lain caranya. Macam2 juga cara respon yg saya terima. Antaranya ada yg lucu ada yg turut bersedih. Kebanyakkannya menyucapkan "Innalillahi wa inna ilaihirojiuun. Takziah.Sabar." dan sebagainya. tak ada yg berdoa "Allahumaghfir lahum warhamhum" kecuali para ustaz. Yg lucunya ada yg respon "inna li" dan "qolu .." sahaja. Itulah namanya SMS. Sepatutnya bila menerima berita kematian , terutama yg masih baru, kita doakan arwah tersebut. Kalau mampu ziarah, zairahlah. Kalau mampu solat jenazah lebih baik. Kalau di Mekah anak2 muda (lelaki arab) sangat suka mengiringi jenazah ke kubur, berpusu-pusu mereka ingin mengangkat jenazah.

Di Malaysia budaya kita berbeza.Ada juga yg takut kena badi mayat. Pernah saya ziarah jenazah, teringin juga nak solatkan tapi tak ada kaum wanita solat jenazah termasuk anak2nya.Tak jadilah solat sebab janggal berada seorang diri di belakang saf lelaki sedangkan anak2 jenazah dan kaum wanita lainnya tak seorang pun bersedia dengan telekung malah ada yg tercengang. Saya cuma dapat solat jenazah selalu semasa berada di Mekah. Balik Malaysia tak dapat nak praktis.Agaknya bila masyarakat kita nak berubah?

Alhamdulillah,3 hari yg lalu saya terima satu SMS dari rakan, mengkhabarkan kematian ayah mertuanya. Alhamdulilah ada perubahan dikalangan rakan2 saya. Lalu saya doakan "Allhumagh firlahu war hamhu" dan sedekahkan bacaan al-fatihah. Mudah2an dengan coretan ini,sedikit sebanyak dapat merubah kebiasan ummat kepada yang lebih baik iaitu membanyakkan doa kepada sesama saudara seislam terutama semasa musibah.

No comments: