Saturday, September 19, 2009

Tragedi 28 Ramadhan

Tidak jawab panggilan ibu
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SABAK BERNAM: “Kira-kira sejam sebelum kemalangan, arwah (CT Zubaidah Zainal Abidin) ada telefon saya minta tukar duit RM200 kepada RM1 dan RM5.

“Itu permintaan terakhirnya sebelum dia pergi buat selama-lamanya,” kata Hamidah Awal, 49, ibu kepada dua beradik yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 60, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang, dekat Sungai Panjang di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu meragut nyawa dua beradik, CT Zubaidah, 25, dan adiknya, Zainuddin, 24, serta seorang rakan, Izura Yusuf, 22.

Hamidah berkata, permintaan itu disuarakan anak sulungnya itu kira-kira jam 9.30 pagi ketika dalam kereta untuk pulang berhari raya di Seri Manjung, Perak.
“Dia memang rapat dengan saya dan biasanya setiap sejam dia akan telefon saya. Malah, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) saya berulang kali telefonnya, namun tidak dijawab,” katanya dengan linangan air mata. Dia yang sebelum itu diminta membuat pengecaman mayat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam hanya mampu menangis kerana tidak menyangka kehilangan dua anak dalam sekelip mata.

Menceritakan lebih lanjut kejadian itu, Hamidah yang juga kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar, Perak, berkata kereta yang terbabit nahas itu baru tiga hari dibeli CT Zubaidah.

“Anak sulung saya itu baru tiga bulan bekerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya, dan baru mendapat gaji pertama.

“Manakala Zainuddin anak kedua dari empat beradik dijangka tamat pengajian di Kolej Komuniti, Banting, November ini.

“Namun semuanya itu hanya tinggal kenangan dan lebih memilukan ia berlaku beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri,” katanya menambah CT perempuan tunggal.

Izura adalah rakan Zainuddin dan dia menumpang kereta terbabit kerana kehabisan tiket untuk pulang berhari raya di kampungnya di Kamunting, Taiping, Perak.

Mereka bertolak dari rumah sewa CT Zubaidah di Bangi, kira-kira jam 7.30 pagi.

Ditanya mengenai sebarang tingkah laku pelik ditunjukkan anaknya, Hamidah yang turut ditemani suami, Zainal Abidin Abdul Wahab, 52, berkata pada malam sebelum kejadian, CT Zubaidah menelefonnya dan memberitahu akan berbelanja habis-habisan duit gaji pertamanya.

“Dia juga cakap pelik-pelik dan tak sabar nak balik beraya di kampung. Saya ada nasihatkannya supaya menyimpan, tetapi dia beritahu nak berbelanja habis-habisan sempena hari raya ini,” katanya sebak.

Dia beberapa kali terpaksa ditenangkan ahli keluarganya kerana tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang serentak.

Katanya, Aidilfitri kali ini tidak membawa apa-apa erti kerana kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata dan kejadian pula berlaku dengan penuh tragis.

“Sukar untuk saya nyatakan betapa sedih dan pilunya hati saya sebagai seorang ibu,” katanya.
Dipetik dari Harian metro190909




Saturday September 19, 2009
Three killed in ‘special car’ crash

SABAK BERNAM: Two siblings and a friend travelling in a car died on the spot after a collision with a 12-tonne lorry at Km60 Jalan Teluk Intan-Klang in Sungai Panjang.
All three victims were travelling in a Peugeot 206.
They were identified as driver Zainuddin Zainal Abidin, 24; his sister CT Zubaidah, 22, and their friend Izura Yusuf, 22.
According to a friend, CT Zubaidah was said to have loved the car as it carried her initials in its registration number — CT 206.
She had been eager to go back to their village in Sitiawan in that car.
The car, which was heading from Sekinchan to Sungai Besar, was believed to have skidded and swerved into the opposite direction, going head-on with a lorry just after a downpour, said Sabak Bernam OCPD Supt Noor Mushair Mohamad.
The lorry driver, 38, had apparently noticed the car swerving into his lane but was unable to brake on time as the distance was too short.
Dipetik dari thestar online190909


SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Dua bersaudara dan seorang rakan mereka maut dalam perjalanan pulang berhari raya apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 12 tan di km60, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Nibong , Sabak Bernam pada Jumaat.

Kemalangan yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta itu, Zainuddin Zainal Abidin, 24, kakaknya CT Zubaidah, 25, dan Izura Yusuf, 22, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, SUP Noor Mushar Mohamad berkata kesemua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sekinchan dan Sungai Besar dan di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Peagout 206 yang dipandu Zainuddin yang datang dari arah Sekinchan ke Sabak Bernam tiba-tiba hilang kawalan dan bertembung dengan lori daripada arah yang bertentangan.

Zainuddin dan CT Zubaidah sedang dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Seri Manjung Perak, manakala Izura yang merupakan rakan Zainuddin pula ingin kembali ke Kamunting, Perak.

Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan remuk, sementara tangki minyak dan tayar hadapan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun tercabut.

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan mengantuk," katanya.

-- BERNAMA




1 comment:

Nadia Abbas said...

Innallillah. May Allah bless you always CT. She was my roommate in UiTM Shah Alam. =( =(