Sunday, September 13, 2009

Misteri ghaibnya fail xyz di fasa pengampunan.!


Semalam saya menulis tentang fasa pengampunan iaitu 10 hari terkahir di bulan Ramadhan. Bukan sekadar untuk tatapan minda pembaca malah untuk mengingati diri sendiri agar tidak leka untuk mengaut keberkatan yg telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah tahun ini walaupun diuji dengan keadaan mak saya yang masih belum pulih dari kecederaan tangan akibat jatuh, banyak juga 'pengajaran' yang saya dapat dalam bulan yang mulia ini. Kemalangan ynag menimpa emak saya adalah takdir yg tak dapat dielak. Saya mengingatkan emak saya dan diri sendiri bahawa kita akan sentiasa diuji dan tak boleh menyesali apa yg berlaku. Semasa tadabbur al-qur'an, sampai kepada surah al-nabiya ayat 35 yg mafhumnya"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan(fitnah); dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." Ayat ini terus menguatkan jiwa, agar terus bersabar dan membaiki amalan kerana kita belum pasti apakah akan bertemu Ramadhan berikutnya.

Pagi ini pula selepas solat dhuha, urusan duniawi perlu diteruskan. Kerana itu internet perlu digunakan.Biasanya hari minggu access ke web kerajaan akan menjadi agak pantas mungkin kerana kurang penggunaan awam. Sambil menguruskan hal utama, kantung email perlu juga dijengah,perlu dijawap atau dihapuskan.Sekonyong-konyong saya menerima satu email yg tak saya ingati tajuknya tetapi mengandungi satu fail attachment dari seorang netter yg pernah sekali berchatting dgn saya. Memandangkan beliau boleh berbahasa arab saya fikir tentu ada tazkirah yg boleh dimanfaatkan.


Saya memuat turun fail tersebut. Semasa proses muat turun ini barulah terbaca tajuk fail yang agak kurang sopan. Memandangkan ianya dalam proses muat turun saya biarkan sahaja sambil membaca email lain yg belum sempat dibaca.Selesai proses muat turun , program Real Player terpapar untuk memainkan fail yg dimuat turun tadi tetapi ada mesej yg fail berkenaan tak dapat dibaca..perlu d/load program lain. Tak kuasa saya. Saya kembali ke inbox untuk menjawap email ttp mesej sudah hilang. Saya ke 'trash folder', tetapi tidak ada juga. Saya mencari ke semua folder tak jumpa. Akhirnya saya menyemak folder 'my photo dan my attachment' ternyata fail tersebut sudah ghaib. Tak ada tanda langsung yg ada cuma attachment dari sdr Arman Amin yg tak jemu2 menghantar fail MP3 taszkirah dari surau an-nur. Terima kasih kepada beliau semuga menjadi amlan baik yg akan diberi ganjaran pahala di akhirat.

Lalu saya menyapa pengirim fail berkenaan yg ternyata ada di ruang chatroom. Saya tanyakan apakah benar beliau yg hantar fail tersebut. Dia mengaku. Dan beliau tanya apakah saya dah baca.Saya jawap belum dan alhamdulillah kerana Allah selamatkan pendengaran saya.Dia bertanya apakah saya marah,saya jawap tidak tetapi saya berikan amaran bahawa saya akan menyekat mesej dan email beliau .Saya tegaskan bahawa kita sepatutnya mengambil kesempatan beramal di bulan Ramadhan bukannya melalai dan menggoda orang lain supaya turut lalai dengan cerita sensasi. Saya amat kesal kerana masih ada umat Islam yg jahil dan cuba membodohkan orang lain. Tidakkah mereka ada perasaan malu sedangkan usia sudah bergelar bapa.Fikirlah apa yg patut dibincang dan tidak dibincang dengan orang yg tak dikenali dan berbeza jantina

Jika kita masih tidak puas melayan nafsu dengan cerita/audio dan video yg meransang nafsu sepanjang tahun , hingga di bulan Ramadhan pun tak ada beza, janganlah kita libatkan orang lain. Kut ya pun nak buat dosa , sendiri buat sudahlah. Sungguhpun saya tak mengenali beliau, bukan maknanya dia boleh buat sesuka hati. Saya sebenarnya kesal dengan pemikiran /minda umat zaman ini tak kira lelaki mahu pun wanita. Apakah ini padahnya dunia tanpa sempadan? Allahuaklam. Walau apa pun saya bersyukur dengan misteri hilangnya fail sensasi berkenaan. Alhamdulillah.



No comments: