Saturday, March 7, 2009

Mencari yang segar


Siapalah tak suka pada kesegaran. Badan segar maknanya badan yang sehat. Kalau di pantai timur, sering kita dengar pertanyaan "apa khabar' dijawap dengan jawapan "segar". Berbeza dengan di kawasan lain, pertanyaan "apa khabar" biasanya dijawap "khabar baik".

Segar badan tak sama dengan segarnya ikan dan makanan laut. Emm... udang dan ikan yang segar memang menjadi pilihan utama pelanggan.Di Kuantan mudah mendapat ikan segar jika kita rajin ke tepi pantai, kawasan nelayan memunggah ikan2 yang ditangkap dengan bot2 kecil.Antara lokasinya ialah bersebelahan dengan penginapan Santuary Resort, Sg Ular, Kuantan. Jaraknya tak jauh dari pusat peranginan Cherating. Ada beberapa lokasi lain tempat nelayan bot memunggah ikan2 segar seperti di Balok , di Kampung anak air dan di pantai Sepat.

Mengimbau pengalaman pertama saya membeli ikan segar dari nelayan kecil ialah semasa berkelah di Chendor, bersempadan dengan Kuala Kemaman sekitar tahun 2000.Masa itu barulah tahu ada nelayan kecil membawa bot memukat di laut dan kita boleh beli ikan2 itu secara terus dari mereka jika kebetulan masa mereka pulang, kita ada di pantai. Ini kerana waktu kepulangan mereka dari laut tak menentu.Ia antara jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Masa itu kami membeli 2-3 ikan jebon (putih) , ikan siakap, beberapa ekor ketam, dan udang besar . Tak kesah berapa wang akan dikenakan kami pilih dulu. Pada jangkaan kami , harganya mungkin RM40-RM50. Terkejut laut dibuatnya kerana nelayan tu hanya minta RM13. Ketika itu abang ipar saya tak ada duit kecil lalu dia bagi RM20 dan tak mahu ambil wang baki. Tetapi Nelayan itu berusaha mencari wang kecil dan memulangkan RM7. Dia tak mahu ambil lebih , walhal bagi kami tak berbaloi harga dengan kesegaran makan laut yang bakal kami nikmati. Begitu lah jiwa Nelayan, mereka bukan peraih yang tamak dan kadangkala menyembunyikan ikan untuk harga yg tinggi.


Berbalik kepada cerita semalam,saya teringat untuk membeli ikan segar setelah agak lama tidak ke Pantai membeli ikan segar. Keenakan makan ikan dan makanan laut yang segar tak dapat dilupakan. Macam-macam resipi tergampar dikepala. Malah apa pun resipi, kalau bahannya segar, di bakar sahaja pun sodap.... lagi manis. Kali ini Santuary Resort jadi pilihan saya.. di sini pemandangannya cantik. Jaraknya 40 km dari rumah saya dan mengambil masa 30 minit untuk sampai (kelajuan berhemat tu..). Banyak bot2 kecil berbaris menunggu giliran melabuhkan bot mereka berdekatan tempat menimbang ikan ketika kami sampai kira2 jam 1.15 ptg.

Tak lama kemudian ada bot datang membawa ikan, udang besar.Amboi terliur saya. Tapi di sini siapa cekap dan cepat dia lah dapat. Dah ada seorang 'datuk' yg tunggu udang tu. Habis di'sapu'nya semua.. terkulat2 saya memandang. Sikit pun dia tak offer kat saya...:) . Bila mereka pulang ada seorang penduduk tempatan yang ramah menegur saya.Dia menyuruh saya tunggu kerana masih ada bot2 yang belum tiba. Dan saya pun menunggu beberapa minit sambil cuba mengambil gambar pantai , malangnya bateri buat hal. Gambar dari kamera tak dapat pula di'upload' ke PC. (tak belajar lagi).

Akhirnya satu bot sampai dan lelaki yang ramah tu lah yang sibuk menimbang udang dan ikan untuk saya dan dapatlah dua ekor ketam percuma. Rupanya semua ikan dan tangkapan laut perlu dicatatkan dalam sebuah buku sebagai rekod statistik para nelayan.Bagus buat begitu. Dapatlah pihak berwajib memantau hasil nelayan. Tangkapan yg kurang dari 1/2 kilo tidak dikira. Jadilah kali ini ikan tak banyak, dapat ikan gelama dan ikan sebelah sahaja bersama anak udang galah yang saya terkilan tadi. Harganya murah. Ikan gelama sekilo dengan ikan sebelah 1/2 kilo hanya RM90 semuanya. Manakala udang 500g hanya RM17. Memang berbaloi, di pasar tak dapat harga macam tu. Udang biasa pun dah RM17-RM20 sekilo. Inikan pulak udang galah..segar pulak tu, dulu pernah juga kami beli udang galah ni dengan harga RM45 sekilo. Harga boleh runding , yg penting segar.

Pulang sahaja di rumah seusai solat,terus udang disiang dimasak gulai cili padi.Alhamdulillah, syukur kepadaNya yg telah menjadikan laut yang menyimpan khazanah reqki yang tidak terkira banyaknya. Firman Allah s.wt mafhumnya "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". [al-khafi:109].


No comments: